Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, January 7, 2010

KARIPAP

Assalamualaikum....

Suka makan karipap?? Nak resepi karipap?? Nah.... cubalah buat karipap dengan menggunakan resepi ini. Saya dah cuba dah, bolehlah tahan rasanya. Cuma kita kenalah pandai mengagak sukatan bahan2 dan rasanya je...




KARIPAP

Bahan-bahan untuk inti:

5 biji kentang bersaiz besar (dipotong dadu)
2 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
10 biji cili api (dikisar)
1 genggam udang kering@ikan bilis (dikisar)
1 mangkuk daging@isi ayam (dipotong kecil2)
1 peket kecil serbuk kari/1 senduk sedang
1 senduk besar minyak masak untuk menumis
sedikit daun kari
garam secukup rasa

Cara-cara membuat inti:

1) Panaskan minyak dengan api yang sederhana besar.

2) Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi.

3) Kacau sehingga naik bau.

4) Masukkan pula daun dan serbuk kari. Kacau lagi.

5) Masukkan daging@ayam. Kacau seketika.

6) Masukkan kentang dan sedikit air.

7) Masukkan garam secukupnya. Masak hingga kuah sedikit kering dan kentang empuk.

Bahan-bahan untuk kulit dan cara membuatnya:

1) Panaskan 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan minyak masak.

2) Curah ke dalam 1/2 kilo tepung gandum + sedikit garam. Gaul rata.

3) Masukkan sedikit demi sedikit air untuk menguli doh.

4) Jika doh melekat, uli dengan menambah sedikit marjerin.

5) Canai nipis doh dan terap dengan cawan. Buat la bentuk yang disukai.(Lagi mudah jika menggunakan acuan karipap)

p/s: Nampak macam rumit je kan, tapi sebenarnya amat mudah sekali. Cuma untuk kelim tu je yang lambat sikit. Saya dah cuba, anda bila lagi....???

KERABU PUCUK PAKU DAN KERANG

Bahan-bahan:

2 ikat pucuk paku
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk isi kerang
1 genggam udang kering (ditumbuk)
1 genggam ikan bilis (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
5 biji cili api (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 cawan kelapa goreng (dikisar)
2 labu bawang besar (dihiris)
5 biji cili besar (dihiris dan cincang)
4 biji limau kasturi@1 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara-cara:

1) Celur pucuk paku sehingga agak layu. Angkat dan toskan.

2) Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam bekas.

3) Masukkan pula hirisan bawang besar, kelapa goreng, cili besar yang telah dicincang dan garam secukupnya. Gaul rata.

4) Masukkan pucuk paku yang telah dicelur tadi.

5) Masukkan pula isi kerang. Gaul supaya sebati.

6) Masukkan taugeh. Gaul rata. (taugeh tak perlu celur).

7) Akhir sekali perahkan hirisan limau nipis/kasturi dan gaul hingga semua bahan benar-benar sebati dan mesra.

Tips: Bagi yang suka belacan tu, bolehlah letak sedikit. (Tapi aku tak suka belacan....hehe...)