Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...
Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

KERABU MANGGA TELUR...

Assalamualaikum...

Buah mangga kat depan rumah tengah berbuah dengan lebatnya. Itupun banyak yang dah keguguran dek cuaca yang tak menentu. Kalau nak tunggu masak betul-betul, memang lambat la nak merasa... Apa kata kalau kita buat kerabu..??




Bahan-bahannya:

10 -12 biji mangga telur yang muda
2 labu bawang besar
7 urat kacang panjang
2 kuntum bunga kantan
6 biji cili merah
8 biji cili padi
~> Kesemua bahan dicincang halus atau dihiris halus.

Bahan Rencah:

1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk - tidak terlalu halus atau terlalu kasar)
1 sudu makan gula pasir
3 sudu makan sos ikan
10 biji limau kasturi (ambil jusnya - Boleh juga gantikan dengan 2/3 biji limau nipis atau air asam jawa)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
~> Gaul rata kesemua bahan kecuali kacang tanah tumbuk. Bila sudah sebati, barulah dimasukkan kacang tanah tadi. Rasa garamnya dan kemudian bolehlah dihidangkan.

Nota: Sukatan bahan adalah bergantung pada selera masing-masing.. Tidak perlu terlalu mengikut resepi... :P

Sunday, March 28, 2010

KERABU PERUT

Assalamualaikum....

Jom buat kerabu perut ni. Perut ni kalau rebus cmtu je, pastu cicah dengan air asampun sodapppp.... haha...

Bahan-bahannya:

500g perut (rebus sehingga empuk dan dihiris nipis)
4/5 biji limau nipis (ambil jus)
2 genggam taugeh (buangkan ekornya)
1 sudu makan sos ikan (sos tiram boleh digunakan sebagai ganti)
garam secukup rasa

Bahan untuk dihiris:

1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 biji cili merah
5 tangkai kacang panjang

Cara-caranya:

Gaulkan sahaja kesemua bahan dan rasa masam manisnya sebelum dihidangkan bersama dengan nasi putih...

Thursday, January 7, 2010

KERABU PUCUK PAKU DAN KERANG

Bahan-bahan:

2 ikat pucuk paku
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk isi kerang
1 genggam udang kering (ditumbuk)
1 genggam ikan bilis (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
5 biji cili api (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 cawan kelapa goreng (dikisar)
2 labu bawang besar (dihiris)
5 biji cili besar (dihiris dan cincang)
4 biji limau kasturi@1 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara-cara:

1) Celur pucuk paku sehingga agak layu. Angkat dan toskan.

2) Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam bekas.

3) Masukkan pula hirisan bawang besar, kelapa goreng, cili besar yang telah dicincang dan garam secukupnya. Gaul rata.

4) Masukkan pucuk paku yang telah dicelur tadi.

5) Masukkan pula isi kerang. Gaul supaya sebati.

6) Masukkan taugeh. Gaul rata. (taugeh tak perlu celur).

7) Akhir sekali perahkan hirisan limau nipis/kasturi dan gaul hingga semua bahan benar-benar sebati dan mesra.

Tips: Bagi yang suka belacan tu, bolehlah letak sedikit. (Tapi aku tak suka belacan....hehe...)