Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...
Showing posts with label Agar-agar.... Show all posts
Showing posts with label Agar-agar.... Show all posts

Saturday, July 16, 2011

Agar-agar Pisang..

Assalamualaikum...

Baru je cuba mencipta resepi agar-agar pisang ni.. hehe.. Maklum la kan, orang baru nak belajar godek-godek periuk belanga selalunya memang camni la.. huhuhu.. Jom la cuba resepi ni.. Jangan bimbang, menjadi punya la.. Cuma sedap atau tak tu tergantung pada ketajaman lidah dan tekak masing-masing la ya.. :-)


Bahan-bahannya:

37.5 gm agar-agar kering
8 gelas air
3 biji pisang berangan - dihiris
1 gelas santan pekat - atau separa pekat
1 gelas gula pasir - atau ikut manis yang disukai
1 atau 2 penutup esen perasa pisang
Sedikit pewarna kuning - 1 sudu kecil
Secubit garam halus - tak letakpun takpe

Cara-caranya:

1) Potong agar-agar dengan tujuan untuk mempercepatkan proses pelarutan. Bersihkan dan masukkan ke dalam periuk.

2) Masak agar-agar bersama dengan 8 gelas air.

3) Bila agar-agar dah larut, masukkan pula gula pasir. Kacau dan tunggu gula mencair.

4) Bila gula dah mencair, masukkan pula santan. Kacau dan biarkan mendidih seketika. Rasa tahap kemanisannya.

5) Kemudian, masukkan pula garam halus, esen dan pewarna kuning. Kacau dan biarkan mendidih seketika.

6) Sebelum tutup api, masukkan pula hirisan pisang berangan tadi. Kacau-kacau dan boleh la dituangkan ke dalam acuan yang disukai.

7) Sejukkan dahulu dan kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais..

Nota: Saya menggunakan lebihan santan dari gulai mak saya je ni.. Sayang nak buang santan tu. Masak agar-agar ni dengan menggunakan periuk yang berukuran 5 Liter isipadu..

Sukatan gelas yang biasa saya gunakan.. =)

Selamat mencuba... :)

Wednesday, January 12, 2011

AGAR-AGAR ROTI sodaaappp..!!!

Assalamualaikum....

Semalam saya cuba buat resepi agar-agar roti. Kebetulan semua bahan dah tersedia ada kat dapur. Apa lagi, mood rajin dah datang.. Saya ubah sikit resepi tu. Resepi asal tu gunakan 6 keping roti dan 6 cawan air, tapi saya gunakan 7 keping roti dan 7 cawan air. Roti memang tinggal 7 keping je, sayang la pulak nak tinggalkan sekeping tu. Saya gunakan roti gardenia. Bahan yang lain tu sama je dengan resepi asal. Memang lembut dan gebu je bila dah jadi. Terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi resepi tu ya... =)



Bahan-bahan yang saya gunakan:

7 keping roti (disiat kecil-kecil)
20g agar-agar biasa (direndam seketika biar kembang)
7 cawan air
1 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Gula ikut manis yang disukai
3 pewarna lain (jika suka banyak warna)

Cara-caranya: (cara saya)

1) Masukkan telur ke dalam bekas. Pukul sedikit.

2) Masukkan esen vanilla.

3) Masukkan pula susu cair. Kacau sedikit biar rata.

4) Masukkan pula roti yang telah disiat-siat tadi. Gaul rata agar sebati dan biarkan roti tu terendam seketika.

**Sepatutnya kena kisar/blend adunan ni tapi saya tak blend/kisar sebab kat rumah takde blender khas untuk blend adunan kuih. Yang ada blender cili je. Kang pedas lak agar-agar ni.. :-)


5) Sementara tu, toskan agar-agar yang direndam tadi dan masak dengan 7 cawan air.

6) Bila agar-agar telah larut, tuangkan adunan yang berisi roti tadi.

7) Masukkan gula mengikut rasa yang disukai. Tunggu sehingga gula mencair.

8) Biarkan mendidih seketika dan selepas tu barulah boleh tutup api.

9) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (jika suka). Boleh juga letak satu jenis pewarna je, bergantung pada selera masing-masing la kann...

10) Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tuangkan satu persatu. Untuk mencorakkannya, pandai-pandai sendirilah ya... =D

11) Tunggu sehingga agar-agar sejuk. Kemudian bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Lepas tu bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba...

Saturday, April 17, 2010

AGAR-AGAR SANTAN

Assalamualaikum.....

Ni adalah resepi agar-agar santan yang saya cipta sendiri. Dan hasilnya amatlah memuaskan hati emak tersayang... hehehe... Sukatan kenalah ikut betul2 ya jika mahukan keanjalan dan kekerasan yang mantap...








AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-bahannya:

37.5g agar-agar (1 peket)
5 cawan air
6 cawan santan (tidak terlalu pekat atau cair)
1 1/2 cawan gula pasir
1 penutup esen perisa pandan (jika tiada daun pandan)
1 penutup esen pewarna hijau

Cara-caranya:

1) Bersihkan dahulu agar-agar. Potong agar-agar bagi mempercepatkan proses penghancuran.

2) Masukkan agar-agar tadi ke dalam periuk bersama dengan 5 cawan air dan gula.

3) Masak dahulu agar-agar dengan api yang sederhana sehingga ianya hancur. Kacau selalu.

4) Bila agar-agar sudah mulai hancur, barulah dimasukkan santan, pewarna hijau dan esen pandan.

5) Kacau sehingga agar-agar mendidih. Biarkan didihan itu selama lebih kurang 8-10 minit sambil terus mengacau.

6) Tuangkan dalam loyang. Biarkan agar-agar tadi sejuk sebelum disimpan di dalam peti ais bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Selamat mencuba dan semoga berjaya... Cawan yang digunakan adalah cawan arcopal... Sukatan air dan santan tu ikut suka masing2... Yang penting semua sekali mestilah 11 cawan both air dan santan tu..