Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...
Showing posts with label Adunan untuk Roti dan Pizza. Show all posts
Showing posts with label Adunan untuk Roti dan Pizza. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Meroti: Selagi tak puas hati selagi tu la buat..

Assalamualaikum...

Meroti: Selagi tak puas hati selagi tu la buat..


Petang tadi buat roti lagi.. Buat macam biasa iaitu 500 gram tepung gandum sahaja.. Tapi kali ni saya uli guna tangan.. Takde nak guna mixer dah..



Ni cara yang saya buat... Elok guna kedua belah tangan.. Saya guna sebelah tangan je masa menguli ni sebab sebelah tangan lagi pegang enpon dok merakam.. hikk..


Sila klik gambar kat bawah ni untuk tengok resepi dengan lebih jelas.. Jika nak tengok resepi la.. Saya tak gunakan cinnamon dan kismis hitam. Saya gantikan dengan coklat chip. Manakala dough softener tu saya gunakan 1 sudu kecil sahaja.. Dan yis mauripan saya gunakan 1 peket (11 gram). Tepung roti saya gantikan dengan tepung gandum. Bahan lain semua sama..




Masukkan 11 gram yis + 2 sudu makan gula ke dalam bekas.. Kemudian masukkan 1 1/4 cawan air suam dan kacau sebati.. (Air suam = 1 cawan air paip + 1/4 cawan air panas mendidih.. Kacau rata dan kemudian masukkan ke dalam bekas berisi yis tadi.. Tutup dan perap..)


Satukan 500 gram tepung gandum + 1/4 cawan gula + 1/3 cawan susu tepung + 2 sudu kecil garam dan gaul rata.. Kemudian ikut seperti dalam gambar..


Uli untuk sebatikan semua bahan dalam anggaran sepuluh minit... ( 1 sudu kecil dough softener + 3 sudu makan shortening + 2 sudu makan butter)


Kemudian masukkan doh ke dalam plastik bersih dan teruskan menguli hingga doh lembut dan kelihatan berminyak.. Anggaran 30-40 minit.. Lepas tu keluarkan doh dari dalam plastik dan uli lagi selama lebih kurang 10 minit..


Kemudian, sapukan loyang/bekas dengan sedikit minyak masak. Masukkan doh ke dalam loyang dan sapukan permukaan doh dengan sedikit minyak masak. Kemudian, perapkan doh selama 1 1/2 jam atau hingga doh naik dua kali ganda.. Lepas tu, tumbuk sedikit doh tadi untuk keluarkan angin dalam doh dan terus bentukkan...


Lepas bentukkan, perap lagi hingga doh mengembang...








p/s: Struktur roti ni lembut dan gebu walaupun uli dengan tangan.. Namun saya masih tak puas hati.. Kalau boleh, saya nak kan struktur roti yang lagi lembut.. hehhh.. Bab rupa roti ni memang la saya fail.. huhuhu..

Friday, January 3, 2014

Resepi roti dari Laura.. :D

Assalamualaikum...

Resepi roti dari Laura.. :D


Resepi asal saya ambil dari sini tapi saya cuma ambil resepi untuk doh sahaja. Jadi, cinnamon dan kismis tidak saya masukkan dalam resepi saya ni.. Saya gandakan sukatan untuk resepi yang saya buat tapi kat sini saya letak resepi asal kecuali dua bahan tadi.. Saya adun guna mixer industri selama lebih kurang 30-40 minit dan berhenti sekejap setiap 10 minit..




Bahan-bahannya:

*2 1/4 sudu kecil yis - saya guna mauripan
*2 sudu makan gula pasir
*1 1/4 cawan air suam
4 cawan tepung roti - saya guna tepung gandum cap sauh - 500 gram
2 sudu kecil garam
1/3 cawan susu tepung - saya guna susu nespray
1/4 cawan gula
1 biji telur
2 sudu makan butter - saya guna buttercup
3 sudu makan shortening


Bahan yang saya tambah sendiri:

2 sudu makan dough softener 
Inti kacang merah
Inti kelapa
Sedikit bijan 



Cara:

1) Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk.. Ketepikan dan biarkan yis kembang atau berbuih..

2) Dalam mangkuk lain atau mangkuk pengadun, masukkan tepung gandum, garam, gula, susu tepung, telur dan yis yang telah kembang tadi.. Uli atau adun doh hingga sebati.

3) Kemudian, masukkan pula dough softener, adun/uli lagi.. Lepas tu masukkan pula shortening. Adun dan uli lagi. Lepas tu masukkan pula butter dan uli hingga doh menjadi lembut dan elastik..

4) Lepas tu, bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai.. Susun doh atas loyang yang sudah disapu dengan minyak atau planta atau butter..

5) Perapkan doh selama lebih kurang 1-1 1/2 jam hingga doh naik (bergantung pada cuaca - jika panas, doh cepat naik..)

6) Sebelum bakar doh, panaskan dahulu oven selama lebih kurang 10 minit dengan suhu 170 C.. Sambil tunggu oven panas, boleh la sapukan permukaan doh dengan susu cair ataupun butter ataupun campuran telur dan susu..

7) Lepas tu, barulah bakar roti dengan api atas bawah selama lebih kurang 10-15 minit.. Gunakan rak yang di tengah..

8) Jika mahukan permukaan roti yang berkilat, lepas je masak dan keluar dari oven, terus je sapukan dengan butter ataupun marjerin..




p/s: Gambar selebihnya di sini.. Sila klik.. Terima kasih.. :)

Friday, December 13, 2013

Buat roti lagi..

Assalamualaikum...

Buat roti lagi..


Dah agak lama saya tak letak gambar roti dalam blog dapo ni.. So, kali ni nak letak gambar roti dan tepek lagi resepi.. Entry kali ni banyak gambar ya.. Saja saya share apa yang saya gunakan.. Harap jangan jemu untuk menengoknya.. heee...

Bahan A:

250 ml air suam
6 sudu makan susu tepung - saya guna susu tepung nespray
1 sudu makan yis - saya guna mauripan
1 sudu teh gula

*Campurkan kesemua bahan dalam bekas. Kacau sebati biar rata.. Tutup bekas dan biarkan yis naik/berbuih..




Alat yang saya gunakan untuk menyukat.. Kat bawah tu bekas yis yang dah dibancuh dan ditutup..


Inti kelapa.. Lebihan inti kuih ketayap..


Pukul sikit telur ni..


Bahan B:

5 cawan tepung gandum biasa @ anggaran 630 gram - saya guna 5 cawan + 2 sudu makan tepung (Saya guna sukatan cawan.. Bila guna 5 cawan tepung, doh melekat sikit.. Tu yang saya tambah lagi 2 sudu makan tepung gandum tu..)
4 sudu makan gula pasir biasa
1 sudu makan dough softener 
2 sudu makan marjerin/butter/shortening - saya guna marjerin planta
2 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu teh paste pandan - tak nak letakpun takpe - saya saje je suka-suka nak letak..


Cara:

Masukkan tepung gandum + gula pasir + dough softener + marjerin ke dalam bekas besar..


Gaul sebati semua bahan ..


Kemudian, masukkan telur yang sudah dipukul tadi..


Gaul lagi hingga menjadi seperti serbuk roti.. Kemudian, masukkan Bahan A tadi ke dalam bekas doh.. Uli sebati hingga tidak melekat di jari.. (Maaf, gambar lupa nak ambil.. huhu...)


Boleh masukkan doh ke dalam plastik yang bersih dan teruskan proses menguli.. Nak tumbukpun boleh.. Uli dalam anggaran 30 minit.. Sambil-sambil tengok tv pun boleh uli.. *Ni tips daripada website Jintanmanis


Lepas keluarkan dari plastik, uli sekejap doh tadi..


Leperkan doh dan masukkan inti...


Tutup doh dengan rapi agar tidak terbuka masa proses pembakaran...


Golek-golekkan doh untuk mendapatkan bentuk bulat yang cantik dan licin... *Ni saya pakai buat je sebab selalu tengok orang buat macam ni kat tv/youtube.. hehe..


Jangan lupa griskan loyang untuk mengelakkan roti kering dan hangit...




Susunkan dengan sedikit berjarak untuk proses pengembangan... 


Kemudian, perapkan doh dan biarkan doh naik dua kali ganda... Tak perlu nak tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin..




Nak bagi cepat naik, tutup loyang dengan pinggan atau apa saja penutup..


Sebelum bakar, pastikan panaskan dulu oven dalam masa 10 minit.. Sebelum masukkan loyang dalam oven, sapukan dulu atas doh tu dengan susu cair atau susu segar.. Saya sapu susu cair je.. Bakar dengan suhu 140C selama 30 minit dengan api atas dan bawah tapi ini semua bergantung pada jenis oven masing-masing..


Proses pembakaran.. Mula-mula saya set timer untuk 20 minit je.. Lepas tu saya tambah lagi 10 minit sebab nak bagi nampak warna coklat kat permukaan roti tu..


Lepas je keluarkan roti dari oven, terus sapukan roti tadi dengan marjerin ataupun butter untuk mendapatkan kilatan tu..






Yang ni roti kosong je..


Yang ni ada inti kelapa... Sedap.. hehe..


Resepi ni saya dapat daripada sessi demo yang pernah saya hadiri lama dulu.. Cuma sukatan untuk tepung tu saya ejas sendiri sebab resepi asalnya ialah 500 gram tepung tapi bila saya buat, adunan terlalu lembik.. So, saya mula masukkan sikit demi sikit tepung tu hinggalah dapat sukatan yang sekarang ni iaitu lebih kurang 630 gram tepung gandum..


p/s: Selamat mencuba pada yang ingin mencuba.. Terima kasih...

Sunday, June 5, 2011

Percubaan kali kedua...

Assalamualaikum...

Saje je nak letakkan gambar roti sosej ni. Ni percubaan kali kedua yang saya buat. Kali pertama buat dulu dekorasi mayonisnya agak kelam kabut. Biasa la tu kan, dah namanya kali pertama.. hehe...









Untuk kali ni, saiz bebola ni saya kecilkan sedikit dan isi kat dalamnya dengan hirisan sosej. Tapi ianya tetap mengembang jadi besar jugak.. haha.. Ingat nak buat lagi, tapi butter dengan keju dah habis la pulak. Mungkin buat roti biasa je dulu... Seronok pulak main uli-uli tepung ni... hehe.. Resepi roti ni ada kat sini ya..