Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...
Showing posts with label Masak Lemak Cili Padi... Show all posts
Showing posts with label Masak Lemak Cili Padi... Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

LEMAK CILI PADI PERUT DAN REBUNG

Assalamualaikum....

Ni resepi mak saya. Tapi mak saya ni kalau masak, main campak2 je. Oleh itu, saya kenalah olah sedikit resepi tersebut berdasarkan dari apa yang saya lihat semasa dia memasak.



LEMAK CILI PADI PERUT DAN REBUNG

Bahan-bahannya:

1 kg perut (dicelur sampai lembut dan kemudian dihiris kecil2)
2 biji kelapa (ambil santan)
2 bungkus rebung (yang biasa dijual di pasar)
2 batang serai (dititik)
15/20 biji cili padi
1 1/2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Basuh rebung, tos dan ketepikan dahulu.

2) Kisar cili padi dan kunyit hidup sampai halus. Masukkan ke dalam periuk.

3) Masukkan sekali santan, hirisan perut, rebung dan serai.

4) Masak dengan api yang sederhana besar. Kacau gulai supaya santan tak pecah.

5) Bila sudah mendidih, masukkan pula garam. Masak sehingga perut benar2 empuk.

Nota: Boleh juga jika mahu masukkan rebung setelah gulai mendidih.

Friday, March 26, 2010

MASAK LEMAK CILI API UDANG dan CENDAWAN

Assalamualaikum....

Resepi copy paste dari page fesbuk Klasik Nasional lagi ni.. hehehe.. Resepi ihsan Pak Engku dari Kuzie Catering... Terima kasih...

MASAK LEMAK UDANG & CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo udang
200g cendawan
20 batang cili padi
2 inci kunyit hidup (kisar),
3 batang serai (ketuk)
1/2 kilo santan
2 helai daun kunyit (potong kasar pun takpe),
garam / perasa

CARA-CARA:

1. Masukkan cili padi & kunyit hidup bersama sedikit air.

2. Masukkan serai dan daun kunyit (biar mendidih).

3. Kemudian santan (kacau), diikuti garam / perasa.

4. Masukkan udang (kacau hingga sebati) dan akhir sekali masukkan cendawan
sehingga menggelegak.... dan sedia untuk dihidangkan.
.

Saturday, January 23, 2010

GULAI AYAM ATAU DAGING

Assalamualaikum....

Kali ni mari kita cuba resepi masak lemak cili padi ayam/daging ni.Bahan2 asasnya sama sahaja ya..

LEMAK CILI PADI AYAM @ DAGING

Bahan-bahannya:

1 kilo daging/1 ekor ayam
2 biji kelapa
15/20 biji cili api (ikut tahap kepedasan yang disukai)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
4 biji kentang (dibelah dua)
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Kisar/tumbuk lumat cili api, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup.

2) Masukkan bahan2 kisar tadi ke dalam periuk yang berisi ayam/daging. Kecutkan seketika dengan api yang sederhana sambil kacau sebati.

3) Bila air daging/ayam tadi sudah agak kering, masukkan pula santan. Kacau perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak. Biarkan mendidih seketika.

4) Masukkan pula serai.

5) Bila gulai sudah agak lama mendidih, barulah dimasukkan kentang dan garam. Kacau lagi. Tunggu sehingga kentang benar-benar empuk dan barulah ditutup api dapur.

Friday, January 8, 2010

LEMAK CILI PADI UDANG GALAH DAN NENAS

Assalamualaikum....

Korang suka tak dengan masakan dari Negeri Sembilan? Kalau suka, cubalah buat resepi yang ni pulak ehh.... Jadi atau tak tu, belakang kira..... Yang penting semangat ingin mencuba tu mesti ada... muehehehehe.....


MASAK LEMAK CILI PADI UDANG GALAH + NENAS


Bahan-bahan:

1 kg udang galah
2 biji kelapa
1 biji nenas mengkal/muda (sederhana besar)
20 biji cili api (kalau tak pedas boleh tambah lagi)
1 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
secubit serbuk perisa (jika suka) @ 1 sudu makan gula pasir

Cara-cara:

1) Kupas nenas, bersihkan dan belah 4 bahagian. Kemudian
potong kecil2 tiap bahagian nenas tersebut.

2) Rebus/celur seketika nenas untuk menghilangkan rasa
masam.

3) Kemudian toskan nenas tersebut. Ketepikan dahulu.

4) Potong misai dan ekor udang galah. Bersihkan dan toskan.

5) Parut kelapa dan ambil pati santan sahaja.

6) Tumbuk/kisar halus cili api dan kunyit hidup.

7) Masukkan udang dan bahan kisar dalam periuk.

8) Masukkan pati santan. Masak di atas api yang sederhana.
Sentiasa kacau perlahan2 gulai untuk mengelakkan santan
pecah minyak.

9) Masukkan garam dan serbuk perisa secukup rasa. Biarkan
gulai mendidih seketika.

10) Selepas gulai mendidih, masukkan pula nenas yang telah
direbus dan ditoskan tadi. Kacau gulai perlahan2.

11) Biarkan nenas dan udang sebati. Lepas tu barulah tutup
api dapur.