Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, January 24, 2010

KEK KUKUS

Assalamualaikum....

Resepi dari anak Chef Liza yang diambil dari satu program masakan di TV1.

KEK KUKUS @ KEK BUAH

Bahan-bahannya:

1 buku butter (250g)
75g gula perang
100g prun cincang
350g tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonate
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
3 biji telur ayam (gred B)
350g buah-buahan campuran
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu makan gula perang
150g gula pasir (jadikan gula hangus)

Cara-cara:

A:

1) Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonate + serbuk kayu manis di dalam bekas. Ketepikan seketika.


2) Sementara itu, di dalam bekas yang lain pula, kisar butter perlahan-lahan bersama dengan 75g gula perang.

3) Kemudian barulah dimasukkan bahan tepung tadi dan kisar cermat.

B:
Di dalam bekas yang lain, gaulkan prun cincang, buah-buahan campuran bersama dengan 1/2 sudu makan gula perang.


4) Kemudian masukkan bahan (B) ke dalam bahan (A) dan kisar bersama perlahan-lahan.

5) Masukkan pula telur satu persatu. Kisar lagi. Masukkan esen vanilla. Kisar lagi.

6) Kemudian, barulah di curahkan gula hagus yang masih panas ke dalam adunan dan kacau sebati. (Tips: Gula hangus dimasak TANPA air sehingga ianya berwarna keperangan dengan api yang perlahan).

7) Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digriskan dahulu. Bungkus loyang dengan kertas timah dan ikat kemas-kemas.

8) Selepas itu, barulah kek dikukus selama lebih kurang 4 jam dengan api yang sederhana besar.