Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, March 24, 2010

AYAM GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum....

Ni resepi dari Datin Rosnani Jamil yang disiarkan dalam radio Klasik Nasional... Saya cuma copy paste dari page FB je ni... hehe...

BAHAN-BAHAN

1 EKOR AYAM (POTONG IKUT SUKA)

BAHAN UNTUK DIKISAR:-
3 GENGGAM KETUMBAR -
2 GENGGAM JINTAN MANIS
2 GENGGAM JINTAN KASAR
10 ULAS BAWANG PUTIH (KALAU ULAS BESAR)
20 ULAS BAWANG PUTIH (KALAU ULAS KECIL)
3 LABU BAWANG BESAR

BAHAN LAIN:
KUNYIT SERBUK
3 SUDU BESAR CILI BOH
GARAM SECUKUP RASA
MINYAK UNTUK MENGGORENG.

CARA MEMASAK:

KISAR KETUMBAR,JINTAN MANIS, JINTAN KASAR, BAWANG PUTIH, BAWANG BESAR( TIDAK TERLALU HALUS DAN TIDAK TERLALU KASAR), KEMUDIAN CAMPURKAN KUNYIT SERBUK DAN CILI BOH, GAUL BERSAMA AYAM. PERAPKAN LEBIH KURANG 1/2 JAM BARULAH DIGORENG. GORENG MACAM BIASA DENGAN API YANG SEDERHANA.

SELAMAT MENCUBA...

Thursday, March 11, 2010

BINGKA ROTI

Assalamualaikum...

Saya baru je ambil resepi ni dari RTM1. Tidak ditunjukkan sukatan yang spesifik namun saya cuma perhatikan sahaja sukatan bahan dan cara2 yang ditunjukkan. Harap2 resepi ni menjadi la hendaknya ya...

BINGKA ROTI

Bahan-bahannya:

8/10 biji pisang emas/berangan yang terlebih ranum (dilenyek)
6/8 keping roti putih
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan kismis (apa saja jenis kismis)
2 sudu makan madu lebah
2 sudu makan planta/butter
1 kotak kecil susu segar (atau 1 tin susu cair)
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur ayam
4 sudu makan badam kisar
3 sudu makan badam kisar (sbg hiasan/tabur)

Cara-caranya:

1) Roti disiat-siat terlebih dahulu dan masukkan ke dalam bekas.

2) Masukkan pula susu segar/cair dan biarkan ianya terendam sehingga lembut (anggaran 2 jam)

3) Selepas itu barulah dimasukkan pisang lenyek.

4) Terus sahaja masukkan tepung gandum, kismis, badam, telur, esen vanilla, madu lebah dan planta.

5) Gaul sebati kesemua bahan.

6) Curahkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digriskan terlebih dahulu. Tabur lebihan badam ke atas adunan.

7) Bakar selama lebih kurang 45 minit dengan api yang sederhana sehingga bingka benar2 masak.

Friday, March 5, 2010

IKAN TONGKOL MASAK KICAP

Assalamualaikum......





IKAN TONGKOL MASAK KICAP

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tongkol sederhana besar (anggaran 5 keping)
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 ulas bawang putih (dititik sedikit)
2 labu bawang besar (dimayang)
2 sudu makan cuka makan
2 sudu makan sos tiram
kicap manis secukupnya

Cara-caranya:

1) Cuci ikan tongkol dengan air asam limau/asam jawa sehingga bersih untuk menghilangkan bau hanyir.

2) Gaul ikan dengan sedikit sahaja garam + kunyit serbuk.

3) Kemudian goreng ikan tersebut sehingga sedikit garing.

4) Angkat ikan dan ketepikan seketika.

5) Masukkan pula kesemua bahan2 hirisan. Kacau seketika biar rata.

6) Masukkan pula cuka, sos tiram dan kicap manis sekaligus. Kemudian terus sahaja curahkan ikan tadi ke dalam kuali.

7) Kacau sehingga sebati dan angkat.
.