Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, March 28, 2010

CEKODOK JAGUNG...

Assalamualaikum...

Ni adalah resepi dari kawan blogger saya iaitu Kak Erna. Saya suka jagung tapi tak pernah buat cekodok. Lepas ni bolehlah cuba. Terima kasih Kak Erna...

CEKODOK JAGUNG

Bahan-bahannya:

5/7 tongkol jagung manis (di hiris dan dibahagi kepada 2 bahagian)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah
1 biji telur
1 cawan udang hidup ( ikut suka nak banyak mana)
sedikit lada putih
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Kisar satu bahagian jagung yang telah dihiris tadi bersama dengan bawang putih, bawang merah, cili merah dan telur.

2) Selepas itu, curahkan ke dalam bekas dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum (melekatkannya) supaya adunan tidak berderai semasa digoreng.

3) Kemudian masukkan pula udang, garam, lada putih dan satu lagi bahagian hirisan jagung tadi. Gaul sebati dan rasa dahulu garamnya sebelum digoreng.

4) Selesai menggoreng, bolehlah dimakan dengan sos cili.

Selamat mencuba...

Yg ni saya copy paste dari komen izahdaut kat blog Kak Erna:

cekodok tuh senang je..basicnya: 300gm tepung + 1 sudu keil yis + 1 biji telur + bahan blend:1 biji bawang beso+stengah cawan ikan bilis+ 1 1/2 cawan air . pehtu masuk la ape2 jenis sayur, daun bawang ke daun kucai ke, garam, kunyit segala. dah gaul semua biar setengah jam. goreng....

Friday, March 26, 2010

MASAK LEMAK CILI API UDANG dan CENDAWAN

Assalamualaikum....

Resepi copy paste dari page fesbuk Klasik Nasional lagi ni.. hehehe.. Resepi ihsan Pak Engku dari Kuzie Catering... Terima kasih...

MASAK LEMAK UDANG & CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo udang
200g cendawan
20 batang cili padi
2 inci kunyit hidup (kisar),
3 batang serai (ketuk)
1/2 kilo santan
2 helai daun kunyit (potong kasar pun takpe),
garam / perasa

CARA-CARA:

1. Masukkan cili padi & kunyit hidup bersama sedikit air.

2. Masukkan serai dan daun kunyit (biar mendidih).

3. Kemudian santan (kacau), diikuti garam / perasa.

4. Masukkan udang (kacau hingga sebati) dan akhir sekali masukkan cendawan
sehingga menggelegak.... dan sedia untuk dihidangkan.
.

Thursday, March 25, 2010

MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum...

Resepi inipun saya copy paste dari page facebook Klasik Nasional... Resepi ihsan daripada Chef Zaidah Md. Noor...

BAHAN~BAHAN

480g makaroni (anggaran 1 kotak)
480g daging cincang (kalau tuna 2 tin)
1 tin sup krim cendawan
4-5 biji telur rebus ~ cincang
1 sudu besar krim salad
1 cawan bawang besar ~ cincang
minyak ~ utk menumis
3 1/2 tin susu air (tin sup cendawan)
4 sudu besar serbuk roti kering
garam secukup rasa

CARA~CARANYA

~ Rebus makaroni dengan sedikit garam & minyak hingga kembang (anggaran 12 minit) toskan airnya..

~ Panaskan minyak, tumiskan daging cincang, masukkan garam & lada hitam, kalau nk wangi lagi tambahkan serbuk jintan & ketumbar..

~ Masukkan bawang, tumis hingga layu & ketepikan..

~ Masak krim cendawan td, bersama 3 1/2 tin air, biarkan sampai mendidih, ketepikan juga..

~ Selepas itu gaulkan makaroni dengan telur, daging, cendawan, gaul rata, rasa garamnya, kemudian masukkan dalam tin pembakar. seelok-eloknya tin alaskan dengan kertas timah supaya mudah nak keluarkan bila dah masak..

~ Bakar selama 1 jam dengan kepanasan 170'c.. Sebelum bakar, atasnya tabur dengan serbuk roti kering, bila nampak macam cepat hangus, tutup dengan kertas timah sebentar, sebelum kita angkat keluar..

~ Untuk menghindang taburkan dengan hirisan lada & daun sadri serta hirisan telur dadar yang telah dihiris..
.