Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, July 12, 2010

KUIH GELANG/KERIA

Assalamualaikum....

Kali ni jom kita buat kuih gelang ni. Ada orang panggil kuih keria. Tapi saya panggil kuih gelang sebab rupa dia macam gelang blingbling... hehehe..

Bahan-bahannya:

4 ketul ubi keledek sederhana besar
sedikit tepung gandum
sedikit garam
1 cawan air
1 cawan gula pasir

Adunan yang telah siap digentel...

Cara-caranya:

1) Ubi keledek dibuang kulitnya. Kemudian dibersihkan dan dipotong kecil.

2) Rebus ubi keledek tadi dengan sedikit garam sehingga benar-benar empuk.

3) Bila ubi dah cukup empuk, toskan airnya dan lenyek sehingga lumat.

4) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5) Adun adunan sehingga benar-benar sebati dan tidak melekat di jari. Tepung jangan banyak sangat, takut nanti kuih keras.

6) Kemudian bentukkan bulat-bulat dan buatlah lubang di tengahnya.

7) Goreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Kuih yang telah siap disira...

Cara membuat sira gula:

1) Masukkan 1 cawan air bersama dengan 1 cawan gula ke dalam kuali.

2) Masak dengan api yang sederhana besar sehingga gula berbuih-buih dan menjadi sedikit pekat (anggaran tinggal 1/4 cawan saja).

3) Selepas itu barulah dimasukkan kuih keria yang telah digoreng tadi. Gaul dan kaup rata supaya sira gula sebati.

4) Api kenalah perlahan supaya sira gula tak hangus. Kaup-kaup kuih tu sehingga gula mula mengering. Selepas tu, barulah matikan api dapur.

Tips: Pastikan jangan sira dengan air gula yang masih cair, kerana nanti siranya lembik dan melekit.

Wednesday, July 7, 2010

NASI DAGANG TERENGGANU

Assalamualaikum...

Resepi di ambil dari Koleksi Resepi Masakan.


Bahan-Bahan:
Nasi Dagang:
3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Halba
Garam Secukup Rasa

Kuah Nasi Dagang:

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam, dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara Menyediakan:
Nasi Dagang:
1. Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.
2. Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.
3. Angkat dan masukkan santan pekat, halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa.
4. Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata. Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Kuah Nasi Dagang:
1. Kacau santan hingga mendidih. Kemudian masukkan cili giling, bahan-bahan yang dikisar, rempah dan asam keping.
2. Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
3. Kemudian, masukkan garam, perasa dan manisan secukup rasa. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.
4. Kemudian, kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu.

Saturday, May 22, 2010

SATAY AYAM ATAU DAGING

Assalamualaikum....

Resepi ni saya copy paste dari SINI....









Bahan-bahan sate:
1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara menyediakan:
1) Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
2) Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
3) Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
4) Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.

Kuah Kacang:
Bahan-bahan:

minyak untuk menumis
air secukupnya
1 keping asam keping atau 1sudu besar air asam jawa
2-3 sudu besar gula melaka secukup rasa
garam secukupnya
250 ml santan pekat
500 g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
2 batang serai diketuk
15 biji bawang merah }
20-30 tangkai cili kering }
2 cm lengkuas } dikisar halus
2 ulas bawang putih }
2 biji buah keras }

Cara menyediakan kuah kacang:
1) Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar serta serai hingga wangi dan terbit minyak.
2) Masukkan santan, air, asam keping/air asam, gula dan garam.
3) Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak.
4) Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk.
5) Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi.
6) Reneh sehingga terbit minyak jika kuah terlalu pekat boleh tambah air.