Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, December 1, 2010

SAMBAL SARDIN sempoiii...

Assalamualaikum...

Menu tengahari ni saya masak sambal sardin je. Semalam dah masak ayam. Malamnya goreng ayam lagi. Selalu sangat makan ayampun tak bagus jugak.. kann... Sambal ni kurang pedas sebab ianya dimasak khas untuk anak-anak buah yang ada kat rumah ni. Siapa yang nak lebih pedas, bolehlah gigit atau kunyah cili padi... =D

Tadaaaa..... Nyumm... nyumm... nyummm.... =)


Bahan-bahannya (untuk satu keluarga):

3 tin sardin saiz kecil
2 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
3 biji cili merah - dikisar
4 biji kentang - dibelah dua dan di hiris
sedikit garam halus
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
minyak untuk menumis
1 biji limau kasturi @ 1 hiris limau nipis - sebagai gantian untuk cuka makan


Cara-caranya:

1) Kentang digoreng dulu. Bila dah lembut, angkat dan toskan lebihan minyak. Ketepikan seketika.

2) Kemudian, terus je tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan sos tiram, garam dan kicap manis secukupnya.

3) Biarkan kuah mendidih seketika. Lepas tu curahkan 3 tin sardin ke dalam kuah. Kacau sebati.

4) Perahkan limau kasturi @ limau nipis ke dalamnya. Kacau rata.

5) Akhir sekali barulah dimasukkan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau sekejap dan tutup api dapur.


Biarkan mendidih sekejap..


Diiringi dengan ulam timun... =)


Selamat mencuba yaa... ngeh3..

Tuesday, November 30, 2010

BIHUN GORENG alaaahaaiiii...

Assalamualaikum...

Pagi ni saya masak bihun paling ringkas untuk sarapan. Ni la pertama kali saya masak bihun sepenuhnya hehehe.. Selalunya saya cuma tolong sediakan bahan-bahan untuk penyediaan memasak je... dan jadi tukang kacau dan seterusnya jadi tukang makan. Resepi kali ni saya buat khas untuk anak-anak buah yang sedang bercuti kat rumah ni. Jadinya, bihun goreng ni takde la pedas sangat.


Okay tak bihun yang saya masak ni..?? Okay aje la yaa... =))


Haaa... Kualipun nak interframe jugak... haha...


Bahan-bahannya:

Bihun - anggaran dalam 3 lapis/keping - rendam dahulu untuk melembutkannya
7 ulas bawang merah (dikisar) - saya memang suka letak bawang lebih sikit
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 mangkuk isi ayam
2 keping tauhu - goreng dulu + potong kecil-kecil
1 ikat sayur sawi - cuci pelepahnya dulu + potong
1 1/2 senduk cili kering yang sudah siap dikisar
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin
sedikit garam halus
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1) Panaskan minyak. Lepas tu terus je masukkan bahan kisar. Kacau rata.

2) Masukkan ayam. Kacau rata.

3) Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan garam secukupnya mengikut kesesuaian masing-masing. Kacau lagi.

4) Masukkan bihun yang telah direndam tadi. Kacau sebati.

5) Lepas tu, masukkan pula sayur sawi dan kacau lagi sehingga bihun benar-benar lembut/masak. Jika bihun masih keras, bolehlah ditambah sedikit air ke dalam kuali tu.

6) Masukkan tauhu yang telah dipotong tadi. Kacau rata.

7) Sebelum angkat, rasa dulu garamnya. Jika kurang masin, bolehlah ditaburkan sedikit garam halus dan kacau sebati. Masukkan ke dalam bekas dan bolehlah dihidangkan.

Nota: Kalau rajin, boleh juga taburkan hirisan telur dadar ke atasnya... Tapi saya malas... =D

Monday, November 15, 2010

KEK MARIE KOKO

Assalamualaikum....


Bahan-bahan :
500 gm biskut marie
1 buku buttercup (250 gm)
4 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan air
¾ cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis

Cara-cara :
  1. Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
  3. Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
  5. Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
  6. Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
  7. Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk

Tips :

  1. Alaskan dasar loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan untuk dipotong.
  2. Untuk memampatkan, alas dengan plastik di bahagian atas dan mampatkan dengan tapak tangan. Lagi senang!!
Nota: Saya masak dalam kuali je. Senang nak kacau sebab luas... hehehe....