Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, May 14, 2011

Ikan Siakap Stim Berempah Adabi

Assalamualaikum...

Nak kongsikan resepi yang diambil dari rancangan Apa Kata Wanita kat TV 1. Rugi pulak rasanya bila dah tengok tapi tak ambil sedikit info dari situ, betul tak..? Kali ni Zamzarina ajar cara nak masak ikan siakap stim berempah adabi (sebab penaja dari adabi..). Terima kasih Zam.. :-)

Bahan:

1 inci halia- dihiris
2-3 ulas bawang putih - dimayang
I ekor ikan siakap - dibersihkan dan dilumur dengan sedikit asam jawa dan ketepikan seketika.
1 bunjut rempah sup adabi - digoreng rempah yang ada dalam bunjut tu. Goreng tanpa minyak. Kemudian dikisar dengan pengisar kering.

**Bersihkan ikan dari lumuran asam jawa. Letak ikan di atas pinggan. Taburkan/lumurkan rempah goreng tadi ke atasnya. Kemudian taburkan pula hirisan halia dan bawang putih yang dicincang halus tadi. Kukus di atas kukusan yang telah mendidih airnya selama lebih kurang 15-20 minit.

Sos:

200 ml kicap cair adabi
100 ml kicap manis adabi
1/2 sudu teh serbuk berperisa nasi ayam goreng adabi
500 ml air (1 gelas)
daun ketumbar
daun bawang

**Masukkan semua kicap ke dalam kuali tanpa minyak. Dan masukkan kesemua bahan yang lain. Kacau hingga mendidih dan angkat. Tuangkan sos tadi ke atas ikan yang telah dikukus tadi.

Nota: Bahan-bahan tu anggaran sahaja bergantung kepada kuantiti ikan yang hendak dikukus... Selamat mencuba.


Jawapan balas dari Zamzarina. Tenkiu ya Zam... :-)

Tuesday, May 10, 2011

Sambal tempoyak petai..

Assalamualaikum...

Lamanya blog dapo ni tak berasap. Nampak sangat malas nak masak... hehe... Tak la, masak tu masak la jugak. Cuma menu tu dah biasa buat dan dah ada kat sini. Tu  yang takde benda nak post tu..

Kali ni nak kongsi resepi sambal tempoyak petai. Pergghhh... Kecur dah ni.. haha.. Resepi ni mak saya yang masak ehh... Saya tukang tempek je... kihkihkih...


Bahan-bahannya:

Petai - anggaran 1 mangkuk
Cili padi - anggaran 8-10 biji (boleh tambah jika suka pedas - ditumbuk)
Bawang putih - 2 ulas (ditumbuk)
Bawang merah - 2 ulas (ditumbuk)
Bawang besar - 2 labu (dipotong membulat)
Ikan bilis - 2-3 genggam
Tempoyak - Ikut suka banyak mana nak guna - anggaran 1 senduk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

1- Panaskan kuali. Bila dah panas, tumiskan cili padi, bawang putih dan bawang merah.

2- Bila dah naik bau, terus je masukkan ikan bilis. Kacau rata sehingga bilis separa garing.

3- Kemudian masukkan pula tempoyak. Kacau sehingga naik bau.

4- Masukkan pula petai. Kacau lagi. Jika agak pekat dan susah nak kacau, boleh masukkan sedikit air.

5- Masukkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga petai hampir masak barulah dimasukkan hirisan bawang besar.

6- Kacau sehingga ianya benar-benar masak barulah diangkat.

Nota: Cara nak masak tu terpulang kepada gaya masing-masing. Tak semestinya kena ikut step by step. Boleh dipelbagaikan cara tu.

Wednesday, April 13, 2011

APAM SENYUM

Assalamualaikum...

Ni adalah resepi apam senyum yang saya ambil kat sini. Saja nak kongsikan kat blog dapo saya ni. Mana la tau kalau nak buat nanti, senang sikit nak mencarinya. Takde la nak google lagi. Penat jugak kalau asyik menggoogle je dengan line streamyx yang tak stabil ni.. =)

Resepi ni memang saya CnP 100% dari blog tu. Pengakuan berani mati ni... Tapi saya dah bagi kredit kat situ... :D

Bahan:

300 gram tepung gandum
250 gram gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
1 sudu kecil ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara:

1. Panaskan kukusan sehingga airnya mendidih.

2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.

3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.

4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.

5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.

6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yang berasingan.

7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag setiap warna yang berlainan.

8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.

9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus sehingga apam naik/masak. (Lebih kurang 20-25 minit).

10. Bila telah masak, angkat dan hidangkan.

***************************

Ini apam yang saya buat mengikut resepi di atas. Cuma caranya mengikut cara saya sendiri dan mengikut keselesaan saya...



Nota: Cara nak masukkan adunan ke dalam papercup terpulang pada keselesaan masing-masing.