Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, August 15, 2011

Ikan Pesmol by Serina Chef Wan

Assalamualaikum...

Sekali lagi resepi dari rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan.. :)


Bahan-bahannya:

3-4 keping isi ikan kerapu 
2 batang serai - dititik
10 biji cili padi - 7 biji dikisar dan 3 biji dibiarkan begitu (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 @ 2 biji buah keras - dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
3 biji cili merah - dikisar
3-4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis - ambil jus
Serbuk lada hitam 
Garam
Gula
Susu sejat dairy champ

Cara:

1) Taburkan serbuk lada hitam + garam ke atas ikan. Gaul rata dan goreng. Ketepikan..

2) Tumiskan bahan kisar hingga naik bau..

3) Masukkan serai + daun limau purut + 3 biji cili padi + garam + gula + jus limau nipis + susu dairy champ dan sedikit air. Biarkan mendidih dan sedikit pekat..

4) Bila kuah sudah masak, tuangkan kuah tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi..

Selamat mencuba.. :)

Thursday, August 11, 2011

Ayam Percik by Sheila Rusly

Assalamualaikum...

Resepi diambil dari rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan TV1 bersama Sheila Rusly dan tetamu jemputan kali ini ialah Irma Hasmie...

Bahan-bahannya:

4 ketul bahagian peha ayam - direbus (jangan buang air rebusan)
serai + halia + bawang putih + cili kering + sedikit kunyit hidup - dikisar
brown sugar atau gula pasir
sedikit tepung jagung - jika perlu (bancuh dengan sedikit air)
daun limau purut
asam keping
sedikit serbuk pati ayam
susu sejat dairy champ
sedikit garam
serai untuk merenjis sos semasa membakar..

Cara:

Bahan sos:

1) Panaskan kuali, dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau..

2) Masukkan serbuk pati ayam..

3) Masukkan brown sugar (gula pasir)..

4) Masukkan susu dairy champ dan air rebusan ayam tadi..

5) Masukkan asam keping dan daun limau purut yang dikoyak-koyak..

6) Masukkan sedikit garam.. Rasa..

7) Masukkan pula tepung jagung untuk memekatkan kuah.. Kacau rata..

8) Masukkan ayam yang telah direbus tadi ke dalam bahan sos. Gaul sebati dan bakar.. Sambil bakar tu, renjis-renjiskan sos tu ke atas ayam.. (Boleh juga diperap sekejap sebelum dibakar supaya sos menyerap)

**Sukatan bahan tu kenalah pandai mengagak.. :-)
**Rasanya selepas ayam tu direbus, elok dikelar-kelar sebelum dimasukkan ke dalam bahan sos supaya sos tu meresap masuk ke dalam daging ayam tersebut.. 

Tuesday, August 9, 2011

Apam Belang dari Azlita Aziz

Assalamualaikum...

Resepi diambil dari sini.. Terima kasih ya kerana berkongsi resepi... Ada masa nanti akan dicuba.. huhu...

APAM BELANG

by: Shamama
sumber : Ucu Faridah

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
1 sudu teh baking powder 
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla, kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)