Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Tuesday, August 16, 2011

BISKUT COKLAT CHIPS (2)

Assalamualaikum...

Ni adalah resepi dari kakak ipar saya. Kalau ada yang nak mencuba tu, dipersilakan la ya.. Jangan malu dan segan... =)

Bahan-bahan:

180g mentega/butter
80g gula kastor
200g tepung gandum (diayak bersama baking powder)
200g coklat chip
200g hirisan badam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1) Masukkan mentega ke dalam bekas. Kemudian masukkan gula halus. Pukul sedikit biar sebati.

2) Masukkan pula esen vanilla. Kacau rata.

3) Kemudian masukkan pula coklat chip dan hirisan badam. Kaup balikkan adunan.

4) Akhir sekali barulah dimasukkan tepung gandum bersama baking powder sedikit demi sedikit. Adun sebati adunan.

5) Buatkan bentuk bulat sebesar guli dan letakkan di atas dulang pembakar. Tekan sedikit dengan garfu (ikut suka masing2).

6) Bakar di dalam oven dengan suhu 180'C sehingga masak atau lebih kurang 15-25 minit.

Monday, August 15, 2011

Ikan Pesmol by Serina Chef Wan

Assalamualaikum...

Sekali lagi resepi dari rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan.. :)


Bahan-bahannya:

3-4 keping isi ikan kerapu 
2 batang serai - dititik
10 biji cili padi - 7 biji dikisar dan 3 biji dibiarkan begitu (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 @ 2 biji buah keras - dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
3 biji cili merah - dikisar
3-4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis - ambil jus
Serbuk lada hitam 
Garam
Gula
Susu sejat dairy champ

Cara:

1) Taburkan serbuk lada hitam + garam ke atas ikan. Gaul rata dan goreng. Ketepikan..

2) Tumiskan bahan kisar hingga naik bau..

3) Masukkan serai + daun limau purut + 3 biji cili padi + garam + gula + jus limau nipis + susu dairy champ dan sedikit air. Biarkan mendidih dan sedikit pekat..

4) Bila kuah sudah masak, tuangkan kuah tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi..

Selamat mencuba.. :)

Thursday, August 11, 2011

Ayam Percik by Sheila Rusly

Assalamualaikum...

Resepi diambil dari rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan TV1 bersama Sheila Rusly dan tetamu jemputan kali ini ialah Irma Hasmie...

Bahan-bahannya:

4 ketul bahagian peha ayam - direbus (jangan buang air rebusan)
serai + halia + bawang putih + cili kering + sedikit kunyit hidup - dikisar
brown sugar atau gula pasir
sedikit tepung jagung - jika perlu (bancuh dengan sedikit air)
daun limau purut
asam keping
sedikit serbuk pati ayam
susu sejat dairy champ
sedikit garam
serai untuk merenjis sos semasa membakar..

Cara:

Bahan sos:

1) Panaskan kuali, dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau..

2) Masukkan serbuk pati ayam..

3) Masukkan brown sugar (gula pasir)..

4) Masukkan susu dairy champ dan air rebusan ayam tadi..

5) Masukkan asam keping dan daun limau purut yang dikoyak-koyak..

6) Masukkan sedikit garam.. Rasa..

7) Masukkan pula tepung jagung untuk memekatkan kuah.. Kacau rata..

8) Masukkan ayam yang telah direbus tadi ke dalam bahan sos. Gaul sebati dan bakar.. Sambil bakar tu, renjis-renjiskan sos tu ke atas ayam.. (Boleh juga diperap sekejap sebelum dibakar supaya sos menyerap)

**Sukatan bahan tu kenalah pandai mengagak.. :-)
**Rasanya selepas ayam tu direbus, elok dikelar-kelar sebelum dimasukkan ke dalam bahan sos supaya sos tu meresap masuk ke dalam daging ayam tersebut..