Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, October 6, 2011

Muffin horlicks bercoklat chips..

Assalamualaikum...

Hari tu cuba buat muffin coklat bercoklat chips.. Lepas tu, gunakan resepi yang sama, gantikan serbuk coklat tu dengan serbuk horlicks.. Maka, jadilah resepi ni iaitu muffin horlicks bercoklat chips... hehe...



Bahan-bahannya:

**250 gram tepung gandum
**175 gram gula castor
90 ml minyak masak - saya gunakan 100 ml
250 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
**2 sudu makan serbuk koko van houten  atau 3 sudu makan serbuk horlicks (Pilih nak buat yang mana satu..)
**2 sudu teh serbuk baking powder
**1/2 sudu teh soda bikarbonat
100 gram coklat chips - separuh dimasukkan ke dalam adunan dan separuh lagi ditabur sebelum dibakar..
**sedikit garam - anggaran secubit kecil sahaja


Cara-caranya:
~> Oven hendaklah dipanaskan dahulu...

1) Masukkan semua bahan kering ke dalam bekas dan kacau supaya sebati.. Ketepikan dahulu..

2) Di dalam bekas yang lain pula, masukkan telur dan kocak sedikit. Kemudian, masukkan esen vanilla + minyak masak dan kocak lagi. Lepas tu masukkan pula susu cair dan kocak lagi adunan tu. (Kocak macam kita kocak telur untuk goreng dadar..)

3) Kemudian, masukkan bahan kering** tadi perlahan-lahan ke dalam bahan basah. Lakukan teknik kaup-balik dan kacau agar adunan sekata.

4) Akhir sekali, masukkan separuh coklat chips. Kacau rata adunan dan boleh la dimasukkan ke dalam papercupb sebanyak 3/4 bekas sahaja. Kemudian, taburkan sedikit coklat chips di atasnya.

5) Bakar selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak..Cucuk dengan cake tester untuk memastikan samada muffin dah betul-betul masak dengan sempurna..


Inilah rupanya muffin horlicks bercoklat chips..:D


p/s: Selamat mencuba...Saya dapat 15 biji muffin untuk satu adunan..
Resepi asal dari sini.. Terima kasih yaa.. :-)

Friday, September 23, 2011

Kek Coklat Kak Idah..

Assalamualaikum...

Belek-belek buku resepi, terjumpalah resepi kek ni. Dah lama dah resepi ni. Mengikut tarikh kat bawah resepi tu, ianya ditulis pada 19-2-1998. Lama tuuuu... hahaha.. Rasanya ni resepi dari kakak saya sebab dulu dia suka sangat buat kek coklat ni. Maklum la, masa tu anak-anak dia kecil lagi. Sebelum resepi ni hilang begitu je, elok rasanya jika saya kongsikan kat sini.. (Kak Idah, please take noted...)

Bahan-bahannya:

A
2 oz serbuk koko
4 oz gula halus
1 cawan air
~> Semua bahan dimasak dan disejukkan.. (Topping..)

B
8 oz gula castor 
8 oz mentega
~> Dipukul hingga kembang..

8 oz tepung gandum
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder

Cara-caranya:
:
:
:
:
:
:
Ehhhh, cara-caranya takde lak kat dalam buku ni... Camno ni..? Kena pandai-pandai sendiri la ya... huhuhu...

Nota: Ni la yang jadi kalau menulis resepi sekerat jalan.. Konon-kononnya boleh ingat la tu.. Sabo je la... Kalau ada sesiapa yang tau caranya, bolehlah kongsi kat sini ya.. Tenkiu.. 

** 1 oz = 30 gram. Boleh rujuk kat sini..

Tuesday, August 16, 2011

BISKUT COKLAT CHIPS (2)

Assalamualaikum...

Ni adalah resepi dari kakak ipar saya. Kalau ada yang nak mencuba tu, dipersilakan la ya.. Jangan malu dan segan... =)

Bahan-bahan:

180g mentega/butter
80g gula kastor
200g tepung gandum (diayak bersama baking powder)
200g coklat chip
200g hirisan badam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1) Masukkan mentega ke dalam bekas. Kemudian masukkan gula halus. Pukul sedikit biar sebati.

2) Masukkan pula esen vanilla. Kacau rata.

3) Kemudian masukkan pula coklat chip dan hirisan badam. Kaup balikkan adunan.

4) Akhir sekali barulah dimasukkan tepung gandum bersama baking powder sedikit demi sedikit. Adun sebati adunan.

5) Buatkan bentuk bulat sebesar guli dan letakkan di atas dulang pembakar. Tekan sedikit dengan garfu (ikut suka masing2).

6) Bakar di dalam oven dengan suhu 180'C sehingga masak atau lebih kurang 15-25 minit.