Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Tuesday, December 20, 2011

Kek Mentega Lemon..

Assalamualaikum...

Kek mentega lemon...

Lama betul dapur ni tak berasap, kan.. hehehe... Sejak kes buat muffin bantat hari tu, terus mood memasak saya merudum jatuh... adehh...

Okay, mana boleh merudum lama-lama sangat, ya tak...? Nak tak nak, kena jugak cari semangat balik semula.. ecececehh... Kali ni saya nak kongsikan resepi kek mentega lemon ni yang saya dapat dari majalah Mingguan Wanita kepunyaan kakak saya.. Majalah tahun 2007 tuu.. wahaha... Sebenarnya, resepi ni nama dia kek mentega je.. Yang jadi lemon tu sebab saya letakkan sedikit parutan kulit limau sunkist.. :-)



Bahan-bahannya:

250 gram mentega (saya guna buttercup)
220 gram gula kastor
250 gram tepung naik sendiri
1 sudu besar susu cair (sudu makan)
4 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla (saya gunakan 1 penutup botol esen tu..)



Cara membuatnya: (Panaskan dulu oven)

1- Pukul mentega/butter dan gula hingga lembut dan gebu.

2- Masukkan telur satu persatu sambil teruskan memukul. Kemudian masukkan esen vanilla.

3- Masukkan susu cair. Pukul rata.

4- Masukkan pula tepung. Gunakan kaedah kaup balik untuk meratakan adunan.

5- Gris loyang kek. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah C selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.. (lakukan ujian cake tester..)

**Saya tambah sedikit parutan kulit limau dari sebiji limau sunkist saiz sederhana...

Nota: Menurut majalah tu, ini adalah merupakan konsep asas membuat kek. Kita boleh pelbagaikan perasa kek ini dengan menambah bahan lain seperti perasa oren, perasa coklat serta buah-buahan yang kering seperti ceri dan kismis..

Thursday, October 20, 2011

Kerepek Pagoda dari My Resepi

Assalamualaikum...

Dulu masa kerja kat Johor, mesti beli kerepek ni.. Selalunya beli masa dalam perjalanan nak balik sini la sebab bas akan berhenti kat Macap.. Masa tu teringin jugak nak buat sendiri tapi tak tau kat mana nak cari resepi.. Mujurlah sekarang ni mudah je nak cari resepi, hanya di hujung jari je.. Ambil je resepi ni dulu..

Saya edit sikit resepi ni dari resepi asal sebab resepi asal banyak sangat shortform.. Takut saya tak faham je nanti.. :)

Kerepek Pagoda dari My Resepi

Bahan-bahan ( 1 family @ 2 tin biskut )

  • 1 kg tepung gandum 
  • 5-6 sudu besar udang kering - dikisar 
  • 1 sudu besar cili serbuk@cili boh (kalau nak pedas boleh tambah lagi..)
  • 1 sudu kecil garam
  • setangkai daun kari - dihiris halus
  • 1 sudu besar ketumbar - kisar 
  • 1 sudu besar jintan halus - kisar 
  • 1 biji telur 
  • 5 sudu besar minyak - dipanaskan
  • air sejuk dalam peti ais untuk menguli
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak untuk menggoreng. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati hingga doh tidak melekat kat tangan,  macam nak buat karipap.
  2. Rehatkan doh 10-15 minit.
  3. Bulatkan doh kecil-kecil dan leperkan.
  4. Gelek doh kat mesin mee. Guna no 1 dan gelek sampai nipis.
  5. Kemudian gelek pulak kat bahagian mee besar. Buat sampai habis.
  6. Goreng guna api sederhana sampai keperangan. Angkat dan toskan.
  7. Lagi sedap kalau disira pedas (untuk anak-anak tak sesuai la...)

Wednesday, October 19, 2011

Apam pisang coklat rice..

Assalamualaikum...

Ini adalah entry copy paste bulat-bulat.. Backlink semua dah ada... Saja letak kat sini supaya senang nak cari.. Tengok gambar apam pisang kat blog tu betul-betul mencabar keinginan untuk mencuba.. Bila tu tak tau lagi laa... hehehe... Terima kasih ya sudi kongsi resepi...

APAM PISANG COKLAT RICE
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung
beberapa titik esen vanila
1/2 cawan coklat rice

Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

- ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.

Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.

* rasanya lain kali kalau buat K.Nor nak humban semua dlm mangkuk mixer (kecuali pisang dan coklat rice yg akan dimasukkan last). saja nak ngetest gitu. kalau sapa2 yg ada mixer yg strong sket tu boleh lah buat kaedah ni ya..