Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, April 11, 2012

Cupcake coklat kukus...

Assalamualaikum...

Cupcake coklat kukus...

Hari tu masa kakak balik sini, borak-borak la dengan dia pasal kek coklat yang pernah saya buat dulu. Dan dia sarankan  agar saya mencuba kaedah kukus dan jadikan seperti muffin ataupun cupcake.. Kalau selama ni saya cuma bakar je kek coklat tu, maka kali ni saya cuba kukus la pulak.. 

Dan inilah hasilnya.. Tidak berapa kemas buatannya sebab pertama kali kukus kek coklat ni.. Agak bersememeh sikit.. Adunan ikut resepi kek coklat yang biasa orang lain buat tu.. Silalah tanya atok gugel.. 






p/s: Itu je.. Sekadar update blog dapo yang dah berkurun tak berasap ni.. haha..

Tuesday, February 7, 2012

Daging masak lada hitam bersama kentang...

Assalamualaikum...

Daging masak lada hitam bersama kentang...

Lamanya dapur ni tak berasap.. huhu... Bukannya tak masak langsung, cuma dah agak malas sikit nak masukkan resepi kat sini.. Saya ni baru je selesai masak daging lada hitam dan semestinya ada kentang.. Tak sah kalau takde kentang ni.. ehehh.. 

Bahan-bahannya:

1/2 kilo daging - dihiris nipis
4 biji kentang - dipotong ikut suka
3 labu bawang besar - dihiris membulat
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
2 biji cili merah - ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
1 inci halia - ditumbuk kasar
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 biji limau nipis - ambil air
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam kasar
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram



Caranya:

1- Panaskan minyak dalam kuali. Bila dah panas, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi kecuali lada hitam.

2- Bila dah naik bau, masukkan hirisan daging tadi. Kacau rata dan masukkan terus garam kasar supaya garam cepat mencair. Biarkan seketika sehingga daging lembut. Api dapur biarlah sederhana sahaja..

3- Kemudian masukkan terus kentang bersama hirisan bawang besar. Kacau sebati.

4- Masukkan sekali sos tiram, kicap manis, perahan limau nipis, lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau lagi dan tunggu sehingga kentang empuk. Jika kentang belum empuk tapi masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kalau suka berkuah, boleh lebihkan air tu.

5- Rasa dahulu masakan sebelum tutup api dapur.

Selamat mencuba.. :-)

Tuesday, December 20, 2011

Kek Mentega Lemon..

Assalamualaikum...

Kek mentega lemon...

Lama betul dapur ni tak berasap, kan.. hehehe... Sejak kes buat muffin bantat hari tu, terus mood memasak saya merudum jatuh... adehh...

Okay, mana boleh merudum lama-lama sangat, ya tak...? Nak tak nak, kena jugak cari semangat balik semula.. ecececehh... Kali ni saya nak kongsikan resepi kek mentega lemon ni yang saya dapat dari majalah Mingguan Wanita kepunyaan kakak saya.. Majalah tahun 2007 tuu.. wahaha... Sebenarnya, resepi ni nama dia kek mentega je.. Yang jadi lemon tu sebab saya letakkan sedikit parutan kulit limau sunkist.. :-)



Bahan-bahannya:

250 gram mentega (saya guna buttercup)
220 gram gula kastor
250 gram tepung naik sendiri
1 sudu besar susu cair (sudu makan)
4 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla (saya gunakan 1 penutup botol esen tu..)



Cara membuatnya: (Panaskan dulu oven)

1- Pukul mentega/butter dan gula hingga lembut dan gebu.

2- Masukkan telur satu persatu sambil teruskan memukul. Kemudian masukkan esen vanilla.

3- Masukkan susu cair. Pukul rata.

4- Masukkan pula tepung. Gunakan kaedah kaup balik untuk meratakan adunan.

5- Gris loyang kek. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah C selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.. (lakukan ujian cake tester..)

**Saya tambah sedikit parutan kulit limau dari sebiji limau sunkist saiz sederhana...

Nota: Menurut majalah tu, ini adalah merupakan konsep asas membuat kek. Kita boleh pelbagaikan perasa kek ini dengan menambah bahan lain seperti perasa oren, perasa coklat serta buah-buahan yang kering seperti ceri dan kismis..