Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, May 23, 2012

The version of my ayam goreng kunyit.. :D

Assalamualaikum...

The version of my ayam goreng kunyit.. :D




Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil-kecil - Bersihkan dan toskan - ( Gaul ayam dengan serbuk kunyit + garam + serbuk lada putih + perahan limau kasturi. Ketepikan seketika..)
1 biji lada banggala/capsicum - dihiris - ikut suka nak guna warna apa..
3 biji cili merah - dihiris
3 ulas bawang butih - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 biji limau kasturi - dibelah dua
2 labu bawang besar - dihiris
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
1 sudu makan serbuk lada putih
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk kunyit
sedikit garam halus
1 ikat kacang panjang - dipotong memanjang


Cara-caranya:

1- Panaskan minyak. Kemudian tumiskan hirisan bawang putih + bawang merah + halia hingga naik bau. 

2- Masukkan pula hirisan cili merah.. Kacau rata dan tunggu sehingga cili besar layu..

3- Lepas tu, terus je masukkan ayam yang telah digaul tadi. Masukkan juga sos tiram + serbuk pati ikan bilis. Kacau sebati dengan api yang sederhana besar. Tunggu sehingga ayam sedikit empuk.. Jika belum empuk, tambah sedikit air.

4- Bila ayam seperti dah empuk, masukkan pula kacang panjang + hirisan bawang besar. Kacau rata dan rasa asam garamnya.. 

5- Akhir sekali barulah masukkan lada banggala/capsicum. Kacau lagi dan biarkan dalam 5 minit.. Kemudian, barulah tutup api dapur...


p/s: Boleh jugak letak sedikit serbuk lada hitam jika suka... Yang ini saya tak letak sebab lada hitam kehabisan stok.. huhuhu.. Selamat mencuba.. :)

Thursday, May 3, 2012

Kuih sagu...

Assalamualaikum...

Kuih sagu...

Bahan-bahannya:

300 gram sagu biji saiz kecil (saya gunakan sagu yang dah siap berwarna)
3 gelas air
1/2 cawan gula (boleh tambah jika suka manis)
1/2 biji kelapa (parut ambil yang putih sahaja)
Secubit garam
Sedikit pewarna merah (jika sagu berwarna putih)
Sehelai daun pandan (tak letakpun tak apa)


Cara membuatnya:

1- Basuh bersih sagu biji dan toskan.

2- Masak air bersama gula dengan api yang perlahan. Masukkan juga pewarna merah dan daun pandan. Biarkan gula larut.

3- Bila gula dah larut, masukkan sagu biji tadi.

4- Kacau sagu perlahan-lahan tanpa henti sehingga sagu betul-betul masak dan tiada lagi kelihatan warna putih pada sagu tadi.

5- Bila dah masak, masukkan ke dalam loyang. Biarkan ia sejuk.

6- Bila dah sejuk, barulah boleh di potong sagu tadi dan digaulkan bersama dengan kelapa yang sudah digaul dengan garam..

Selamat mencuba.. :)

Wednesday, April 11, 2012

Cupcake coklat kukus...

Assalamualaikum...

Cupcake coklat kukus...

Hari tu masa kakak balik sini, borak-borak la dengan dia pasal kek coklat yang pernah saya buat dulu. Dan dia sarankan  agar saya mencuba kaedah kukus dan jadikan seperti muffin ataupun cupcake.. Kalau selama ni saya cuma bakar je kek coklat tu, maka kali ni saya cuba kukus la pulak.. 

Dan inilah hasilnya.. Tidak berapa kemas buatannya sebab pertama kali kukus kek coklat ni.. Agak bersememeh sikit.. Adunan ikut resepi kek coklat yang biasa orang lain buat tu.. Silalah tanya atok gugel.. 






p/s: Itu je.. Sekadar update blog dapo yang dah berkurun tak berasap ni.. haha..