Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, February 21, 2013

Coffee Nut Casablanca

Assalamualaikum...

Coffee Nut Casablanca

Bahan-bahannya:

250 gram kacang tanah (bakar/goreng tanpa minyak - kisar)
400 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
220 gram gula ising
1 1/2 sudu teh soda bikarbonate
1/2 sudu teh emplex
1 sudu teh pes cappucino
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya

Hiasan: Kacang biji dan kacang tumbuk (bakar/sangai)


Cara: 

1) Campurkan semua bahan (kecuali minyak) dan gaul sebati.

2) Tuang minyak masak sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

3) Canaikan doh dan terap dengan acuan yang disukai.

4) Letakkan kacang biji sebagai hiasan. Tekan sedikit. Sapukan dengan kuning telur dan taburkan dengan kacang tumbuk.

5) Bakar pada suhu 150C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga kekuningan/masak.

Selamat mencuba.. :)

Monday, December 10, 2012

Karipap frozen tak menjadi.... huhuhu...

Assalamualaikum...

Karipap frozen tak menjadi.... huhuhu...

Fuhh....
Lama betul dapur ni tak berasap.. hehe... Takde mood la nak masukkan resepi... Lagipun resepi orang lain lagi gempak... Tu yang macam malas nak masukkan resepi yang entah apa-apa kat sini... Malu ahhh... :P

Kali ni nak letakkan gambar karipap je.. Konon-konon nak buat karipap frozen tapi pastri tak berapa menjadi... Sodih den... huhuhu...







Tak menjadi sebab kulit doh tu tak melekat walaupun dah letakkan gam tepung + air.. Nak kelim tak mahir sangat + lambat.. Lagi satu, acuan karipap tu kecil memanjang.. Ingat nak cari acuan yang pendek tapi gemuk ke depan... Ada jual tak ehh..?

p/s: Tak jadi nak jual karipap frozen ni.. Makan sendiri je laa.. ehehh... Kena rajin tanya atok gugel lagi ni... :)

Thursday, August 23, 2012

Kek Marble My SIL...

Assalamualaikum...

Kek Marble My SIL...

Petang raya kedua hari tu kakak ipar saya buat kek marble ni.. Tapi gambar tak sempat nak ambil sebab masa kek tu masak, ada kawan saya datang rumah beraya.. Saja nak simpan resepi kek marble tu kat sini sebab anak-anak kawan saya kata kek tu sedap sampaikan habis separuh.. Sayapun dapat merasa sikit je.. Memang lembut kek tu dan manispun manis buah je..

Bahan-bahan:

1 buku butter - 250 gram
3/4 cawan gula pasir - guna cawan arcoroc yang bulat tu..
2 cawan tepung gandum - satukan dengan baking powder dan kacau supaya rata
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur
Pewarna hijau dan merah - option




Cara: (Panaskan oven dahulu..)

1- Pukul butter dengan gula sampai kembang - My SIL pukul guna senduk kayu je..

2- Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.

3- Masukkan esen vanilla. Kaup balik bagi rata.

4- Akhir sekali baru masukkan campuran tepung gandum + baking powder dan kacau sebati..

5- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian letakkan warna hijau. Satu bahagian lagi warna merah dan satu bahagian lagi biarkan warna asal.

6- Masukkan adunan berselang-seli sehingga habis.

7- Griskan loyang dan bakar kek hingga masak atau berbau harum...

 Selamat mencuba.. :-)