Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, January 22, 2014

Kuih bom bijan..

Assalamualaikum...

Kuih bom bijan..


Dulu masa zaman lepas sekolah pernah la sekali buat kuih bom bijan ni.. Masa tu kuih bom ni meletup-letup dalam kuali dan bijan dia habis gugur dan kulit dia punya la liat.. Lepas tu tak buat-buat dah kuih bom ni.. huhuhu..


Hari ni saya buat lagi kuih bom ni.. Punya la lama jangka masa yang diambil untuk mencuba kali yang kedua dan hasilnya alhamdulillah.. Mak sayapun suka makan sebab kulitnya yang lembut dan bijannya melekat dan kuih bom ni tidak lagi togel macam dahulu.. ahaha..


Resepi kuih bom bijan ni saya tengok dari beberapa website tapi sukatan untuk tepung pulut dan air tu saya ikut sukatan sendiri.. 




Bahan-bahan: (Inti kelapa secukupnya - Resepi inti kelapa tidak disertakan ya..)

250 gram tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu teh garam - anggaran secubit
235 ml air
1 sudu teh kapur makan - ambil kapur sahaja, jangan ambil dengan air yang ada di dalam bekas kapur tu
1 cawan bijan kering - sukatan sekadar anggaran sahaja.. 




Cara:

1) Campurkan kapur makan dengan air dan kacau sebati.. Ketepikan sekejap.

2) Satukan semua bahan kering dan gaul rata. Kemudian masukkan air kapur tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga lembut dan tidak melekat di jari..

3) Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa biji. Bulatkan adunan lebih kurang sebesar bola golf.

4) Lepas tu, masukkan inti kelapa di dalam bola adunan tadi dan kemudian tutup rapat dan golek-golekkan di tapak tangan untuk membulatkannya.. Hati-hati masa masukkan inti sebab adunan ni lembut sangat dan mudah peroi/pecah..

5) Kemudian golekkan pula bola kuih bom tadi ke dalam bijan.. Golek biar rata. Kemudian kepal dengan lembut supaya bijan betul-betul melekat pada kulit doh.

6) Lakukan proses yang sama sehingga adunan doh tu habis.. Siapkan sebiji demi sebiji.. Jangan isi inti semua biji doh dan lepas tu baru golek bijan... Takut nanti adunan doh tu melekat kat pinggan/dulang..

7) Goreng di dalam minyak yang penuh dan panas tapi dengan api yang perlahan..




p/s: Kuih bom ni akan meletop walaupun kita gunakan api yang kecil.. Jadi, berhati-hati jangan sampai terperanjat.. hehehe.. Selamat mencuba.. 

Friday, January 3, 2014

Resepi roti dari Laura.. :D

Assalamualaikum...

Resepi roti dari Laura.. :D


Resepi asal saya ambil dari sini tapi saya cuma ambil resepi untuk doh sahaja. Jadi, cinnamon dan kismis tidak saya masukkan dalam resepi saya ni.. Saya gandakan sukatan untuk resepi yang saya buat tapi kat sini saya letak resepi asal kecuali dua bahan tadi.. Saya adun guna mixer industri selama lebih kurang 30-40 minit dan berhenti sekejap setiap 10 minit..




Bahan-bahannya:

*2 1/4 sudu kecil yis - saya guna mauripan
*2 sudu makan gula pasir
*1 1/4 cawan air suam
4 cawan tepung roti - saya guna tepung gandum cap sauh - 500 gram
2 sudu kecil garam
1/3 cawan susu tepung - saya guna susu nespray
1/4 cawan gula
1 biji telur
2 sudu makan butter - saya guna buttercup
3 sudu makan shortening


Bahan yang saya tambah sendiri:

2 sudu makan dough softener 
Inti kacang merah
Inti kelapa
Sedikit bijan 



Cara:

1) Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk.. Ketepikan dan biarkan yis kembang atau berbuih..

2) Dalam mangkuk lain atau mangkuk pengadun, masukkan tepung gandum, garam, gula, susu tepung, telur dan yis yang telah kembang tadi.. Uli atau adun doh hingga sebati.

3) Kemudian, masukkan pula dough softener, adun/uli lagi.. Lepas tu masukkan pula shortening. Adun dan uli lagi. Lepas tu masukkan pula butter dan uli hingga doh menjadi lembut dan elastik..

4) Lepas tu, bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai.. Susun doh atas loyang yang sudah disapu dengan minyak atau planta atau butter..

5) Perapkan doh selama lebih kurang 1-1 1/2 jam hingga doh naik (bergantung pada cuaca - jika panas, doh cepat naik..)

6) Sebelum bakar doh, panaskan dahulu oven selama lebih kurang 10 minit dengan suhu 170 C.. Sambil tunggu oven panas, boleh la sapukan permukaan doh dengan susu cair ataupun butter ataupun campuran telur dan susu..

7) Lepas tu, barulah bakar roti dengan api atas bawah selama lebih kurang 10-15 minit.. Gunakan rak yang di tengah..

8) Jika mahukan permukaan roti yang berkilat, lepas je masak dan keluar dari oven, terus je sapukan dengan butter ataupun marjerin..




p/s: Gambar selebihnya di sini.. Sila klik.. Terima kasih.. :)

Wednesday, December 18, 2013

Buat roti lagi..., dan lagi..., hehh...

Assalamualaikum...

Buat roti lagi..., dan lagi..., hehh...


Kali ni buat pertama kalinya, saya masukkan water roux dalam adunan roti ni.. Kawan-kawan kat kelab roti tu rata-rata cakap jika guna water roux ni, roti akan jadi gebu dan lembut, selembut kapas gitu.. Jadinya, untuk pertama kali, saya buat water roux mengikut cara yang dorang bagitau..


Water Roux
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 250 ml air


Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian, masukkan tepung gandum.. Kacau sebati dulu.. Lepas tu barulah letak periuk atas dapur.. Masak dengan api yang sederhana sambil teruskan mengacau dengan menggunakan whisk.. Masak hingga pekat dan berkilat... Saya masak hingga keluar buih-buih yang bunyi blupp blupp tu..


Lepas tu, masukkan water roux tadi ke dalam bekas.. Tunggu sejuk dan boleh la ditutup dan disimpan di dalam peti sejuk.. Boleh guna untuk dua tiga kali meroti.. Water roux ni tahan untuk 3 hari.. Kata mereka la..


Bahan A:

1 sudu makan susu pekat manis
200 ml air dari peti sejuk
2 biji telur

* Masukkan telur ke dalam mangkuk.. Pukul  sedikit telur tu. Kemudian masukkan pula susu dan air sejuk. Kacau sebati dan ketepikan seketika..


Bahan B:
500 gram tepung gandum biasa - Stenbai sedikit tepung lagi jika adunan doh melekat atau melekit.. 
1/2 cawan gula pasir
1/2 peket yis - saya guna mauripan @ 1 1/2 sudu makan
1/2 cawan badam cincang - tak letakpun takpe.. saya saje je letak..
1 sudu makan shortening
1 sudu makan marjerin planta
1 sudu kecil dough softener
2 sudu makan water roux

*Masukkan semua bahan dalam loyang. Gaul sebati hingga jadi seperti serbuk roti.. Kemudian masukkan bahan A tadi.. Uli sebati hingga menjadi doh. Jika doh melekat di jari, boleh tambah sedikit demi sedikit tepung sambil teruskan menguli.. Uli hingga doh menjadi lembut dan elastik.. 


Jika guna mixer, uli dalam setengah jam, keluarkan doh dan sambung uli dengan tangan.. Kemudian, terus je bentukkan doh tadi mengikut kesukaan masing-masing.. Sebaiknya timbang setiap doh bagi mendapatkan bentuk roti yang sekata..


Perapkan doh hingga naik dua kali ganda dari doh yang mula-mula letak dalam loyang.. Saya perap doh dalam oven dan tutup oven tu selama lebih kurang sejam.. Api jangan bukak ya.. hehe..


Bila nak masukkan dalam oven, barulah sapukan samada dengan marjerin ataupun susu cair dan sebagainya..


Lepas tu, boleh la tabur dengan apa yang disukai..


Sebelum membakar roti, panaskan dulu oven selama lebih kurang 10 minit.. Lepas tu barulah bakar roti dengan api atas dan bawah, suhu 170C selama lebih kurang 15-20 minit..







p/s: Selamat mencuba untuk yang nak mencuba la, kan.. hehh..