Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, January 17, 2010

DADIH

Assalamualaikum...

Dadih ni merupakan resepi dari kakak saya juga. Ini merupakan sukatan untuk anggaran 100 biji dadih (bekas yang pendek tu).

Bahan-bahan:

37.5g agar-agar cap ros/agar-agar bertali
1 kilo + 1 senduk gula pasir
38 cawan air
2 tin susu cair
450g coffeemate
perisa yang disukai - jagung, laici, vanilla dan sebagainya.

Cara-cara:
1) Masak agar-agar dengan 38 cawan air.

2) Bila agar-agar sudah larut, masukkan gula pasir. Kacau sebati.

3) Kemudian masukkan pula coffeemate. Kacau lagi. Lepas tu masukkan susu cair.

4) Kacau sebati di atas api yang sederhana besar. Biarkan dadih mendidih seketika.

5) Masukkan perisa mengikut kesukaan masing-masing. Kacau sebati dan tutup api dapur.

6) Tuangkan dadih yang masih suam-suam kuku ke dalam acuan/mangkuk. Sejukkan seketika dan barulah dimasukkan ke dalam peti ais.

Nota: Anda boleh juga bahagikan dadih kepada beberapa bahagian untuk perisa yang berbeza.


Thursday, January 14, 2010

POPIA GORENG

Assalamualaikum.....

Resepi ni diambil dari rancangan Ketuk2 Ramadhan RTM1 yang dibuat oleh pelakon Dynas dan Sheila Rusly.

POPIA GORENG..

Bahan-bahan A:

1 batang carrot (dihiris nipis)
1 biji sengkuang (dihiris nipis)
10 btg kacang buncis/panjang (dipotong kecil2)

(Semua digoreng separuh masak dengan sedikit air. Angkat
bila air sudah kering)

Bahan-bahan B:

3 ketul tauhu (yang diramas2/dihancur2kan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji telur
sedikit minyak masak untuk menumis.

1) Tumis bawang putih, kemudian masukkan telur. Kacau2 telur dalam kuali hingga kering.

2) Masukkan pula tauhu dan goreng sehingga tauhu agak kekuningan.

3) Kemudian masukkan saja bahan2 A ke dalam bahan2 B dan letak garam secukup rasa. Kacau sebati dan angkat. Sejukkan.

Bahan-bahan C:

1 paket kulit popia (bergantung pada kuantiti inti)
3 sudu makan tepung gandum (bancuh dgn sedikit air sebagai pelekat/gam).
(Masukkan inti ke dalam kulit popia. Gulung dan lekatkan dengan menggunakan bancuhan tepung gandum tadi supaya kulit tidak terbuka).

Goreng popia yang telah siap digulung tadi.

Wednesday, January 13, 2010

KUIH LAPIS

Assalamualaikum....

Jom cuba buat kuih lapis ni pulak. Boleh dijadikan sebagai sarapan pagi ataupun menu minum petang.

KUIH LAPIS

Bahan-bahan:

1/2 kampit tepung beras
2 biji kelapa (jadikan 10 mangkuk santan pekat)
2 senduk gula pasir
1 sudu makan tepung ubi

Cara-cara:

1) Campurkan kesemua bahan di dalam bekas. Kemudian tapiskan ke dalam periuk supaya adunan tidak bergentel.

2) Selepas itu, kacau adunan di atas api yang sederhana besar selama lebih kurang 2-3 minit sahaja.

3) Kemudian barulah dibahagikan adunan tersebut kepada 2 bahagian. Satu bahagian diletak pewarna merah dan satu lagi dibiarkan dengan warna asal.

4) Masukkan lapisan berwarna merah dahulu dan kukus sehingga separuh masak. Kemudian barulah dimasukkan lapisan berwarna putih. Lakukan proses yang sama berselang-seli sehinggalah adunan habis.