Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, April 14, 2010

POPIA TAIPING

Assalamualaikum...

Saya belum pernah cuba buat popia ni. Dulu pernah makan hasil tangan jiran saya orang Taiping. Memang sedap namun resepi ini bukanlah dari beliau tetapi saya ambil dari satu majalah tempatan. Selamat mencuba ya...

POPIA TAIPING

Bahan-bahan untuk kulit:

600g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan cuka makan
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh garam
sedikit air untuk menguli

Cara-caranya:

1) Bancuh semua bahan dan perap dahulu selama 3-4 jam (bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu kental. Kena pandai agak-agak).

2) Cekut adunan dengan hujung jari dan sapu nipis di atas kuali popia (cara seperti membuat kuih ketayap).

3) Bila masak, simpan di dalam tuala nipis yang lembab. Lakukan proses yang sama sehingga adunan habis.

Bahan-bahan untuk inti:

Bahan A: (dihiris halus)
1 biji sengkuang
1 batang lobak merah
6/10 batang kacang panjang

Bahan B: (ditumis)
sedikit minyak masak (sikit je)
3 biji telur
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
sedikit garam dan serbuk perisa

1) Tumiskan bawang merah.
2) Masukkan telur dan kacau-kacau biar hancur.
3) Masukkan garam dan serbuk perisa.
4) Kemudian masukkan bahan A ke dalam bahan B dan masak sehingga airnya kering.

Bahan untuk sos:
50g cili kering (dikisar)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan cuka makan
2 genggam bawang goreng (untuk memekatkan sos)
2 cawan air

~> Masak kesemua bahan sehingga pekat.

Nota: Siapa yang dah cuba buat, nanti bagitau la ya... :p

Tuesday, April 13, 2010

LEMAK CILI PADI PERUT DAN REBUNG

Assalamualaikum....

Ni resepi mak saya. Tapi mak saya ni kalau masak, main campak2 je. Oleh itu, saya kenalah olah sedikit resepi tersebut berdasarkan dari apa yang saya lihat semasa dia memasak.



LEMAK CILI PADI PERUT DAN REBUNG

Bahan-bahannya:

1 kg perut (dicelur sampai lembut dan kemudian dihiris kecil2)
2 biji kelapa (ambil santan)
2 bungkus rebung (yang biasa dijual di pasar)
2 batang serai (dititik)
15/20 biji cili padi
1 1/2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Basuh rebung, tos dan ketepikan dahulu.

2) Kisar cili padi dan kunyit hidup sampai halus. Masukkan ke dalam periuk.

3) Masukkan sekali santan, hirisan perut, rebung dan serai.

4) Masak dengan api yang sederhana besar. Kacau gulai supaya santan tak pecah.

5) Bila sudah mendidih, masukkan pula garam. Masak sehingga perut benar2 empuk.

Nota: Boleh juga jika mahu masukkan rebung setelah gulai mendidih.

Saturday, April 3, 2010

SAMBAL DAUN KAYU

Assalamualaikum...

Ini adalah resepi paling ringkas untuk membuat sambal daun kayu ataupun lebih dikenali sebagai sambal tempoyak. Banyak pucuk2 daun yang diperlukan tetapi jika sukar untuk mendapatkan pucuk2 tersebut, memadailah dengan hanya menggunakan bahan2 asas sahaja.



SAMBAL DAUN KAYU (versi tak cukup bahan)

Bahan-bahannya:

2 ikat/cekak pucuk ubi
10 helai pucuk kunyit
1 ikat/cekak pucuk labu
3 batang serai (dititik)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 genggam ikan bilis
1 cawan isi petai
2 biji kelapa (ambil santan)
2 inci kunyit hidup (dikisar halus)
15/20 biji cili padi (dikisar halus)
2 senduk tempoyak baru (sekadar anggaran-kena pandai rasa/agak2)
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Hiris kesemua pucuk2 daun (seperti menghiris daun pandan untuk membuat bunga rampai tetapi jangan terlalu halus). Bersih, tos dan ketepikan seketika.

2) Masukkan santan, cili padi, kunyit, ikan bilis, bawang merah dan tempoyak ke dalam periuk.

3) Masakkan kuah dahulu. Bila sudah mulai mendidih, masukkan serai yang dititik dan petai.

4) Biarkan seketika dan kacau rata. Masukkan garam. Kacau lagi.

4) Kemudian barulah dimasukkan kesemua pucuk2 daun. Masak sehingga pucuk2 tadi layu. Sebelum tutup api, rasa dahulu tempoyak dan garamnya.

p/s: Boleh juga jika hendak masukkan kesemua bahan sekaligus.