Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, July 7, 2010

NASI DAGANG TERENGGANU

Assalamualaikum...

Resepi di ambil dari Koleksi Resepi Masakan.


Bahan-Bahan:
Nasi Dagang:
3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Halba
Garam Secukup Rasa

Kuah Nasi Dagang:

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam, dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara Menyediakan:
Nasi Dagang:
1. Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.
2. Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.
3. Angkat dan masukkan santan pekat, halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa.
4. Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata. Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Kuah Nasi Dagang:
1. Kacau santan hingga mendidih. Kemudian masukkan cili giling, bahan-bahan yang dikisar, rempah dan asam keping.
2. Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
3. Kemudian, masukkan garam, perasa dan manisan secukup rasa. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.
4. Kemudian, kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu.

Saturday, May 22, 2010

SATAY AYAM ATAU DAGING

Assalamualaikum....

Resepi ni saya copy paste dari SINI....









Bahan-bahan sate:
1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara menyediakan:
1) Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
2) Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
3) Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
4) Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.

Kuah Kacang:
Bahan-bahan:

minyak untuk menumis
air secukupnya
1 keping asam keping atau 1sudu besar air asam jawa
2-3 sudu besar gula melaka secukup rasa
garam secukupnya
250 ml santan pekat
500 g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
2 batang serai diketuk
15 biji bawang merah }
20-30 tangkai cili kering }
2 cm lengkuas } dikisar halus
2 ulas bawang putih }
2 biji buah keras }

Cara menyediakan kuah kacang:
1) Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar serta serai hingga wangi dan terbit minyak.
2) Masukkan santan, air, asam keping/air asam, gula dan garam.
3) Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak.
4) Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk.
5) Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi.
6) Reneh sehingga terbit minyak jika kuah terlalu pekat boleh tambah air.

Tuesday, May 11, 2010

SAYUR CAMPUR SWEET 17

Assalamualaikum....

Sayur campur ni saya masak sendiri. Guna je apa yang ada kat dalam peti ais tu... Siapa nak cuba, dipersilakan... Jangan takut-takut nak masak ni... redah je laa... hahaha.. Proses dari mula hingga akhir nak masak sayur ni tak lama... lebih kurang 20-30 minit je dah siap. Kalau pertama kali nak memasak memang la akan mengambil masa yang lebih lama dari ini...





SAYUR CAMPUR SWEET 17


Bahan-bahannya:

1 mangkuk udang harimau (dibuang kulit)
1 mangkuk bunga kobis (yang dah siap dipotong kecil)
1 mangkuk kacang boncis (yang dah siap dipotong)
1 mangkuk lobak merah (yang dah siap dipotong memanjang)
1 biji cili benggala (dihiris memanjang)
8 biji cili padi (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 labu bawang saiz besar (2 labu jika saiz bawang tu kecil - dihiris membulat))
2@3 sudu makan sos tiram
sedikit garam
sedikit kicap manis (jika suka)
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-caranya:

1) Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang putih dan hirisan cili padi. Kacau.

2) Masukkan pula udang. Balik-balikkan seketika.

3) Terus je masukkan semua sayur yang telah dihiris tadi. Kacau rata.

4) Selepas itu barulah dimasukkan kicap manis, sos tiram dan garam. Kacau sayur dan biarkan seketika.

5) Akhir sekali barulah dimasukkan hirisan bawang besar dan cili benggala. Balik-balikkan sayur dan angkat bila semua sayur dah lembut (jangan sampai sayur lembik).

Nota: Dinamakan sayur campur sweet 17 kerana amalan memakan sayur sangat baik untuk kelihatan awet muda... hikhikhik....