Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, November 15, 2010

KEK MARIE KOKO

Assalamualaikum....


Bahan-bahan :
500 gm biskut marie
1 buku buttercup (250 gm)
4 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan air
¾ cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis

Cara-cara :
  1. Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
  3. Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
  5. Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
  6. Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
  7. Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk

Tips :

  1. Alaskan dasar loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan untuk dipotong.
  2. Untuk memampatkan, alas dengan plastik di bahagian atas dan mampatkan dengan tapak tangan. Lagi senang!!
Nota: Saya masak dalam kuali je. Senang nak kacau sebab luas... hehehe....

Friday, November 12, 2010

APAM TEPUNG GANDUM

Assalamualaikum...

Resepi ni saya ambil dari blog Kak Erna. Saya dah minta izin kat tuan punya badan untuk letakkan resepi tu kat sini. Bukannya apa, senang untuk saya buat rujukan nanti. Saya ubah sikit cara penulisannya supaya senang saya nak faham. Apapun, terima kasih saya ucapkan pada Kak Erna atas kesudian berkongsi resepi ni tanpa mengharapkan satu sen komisenpun... =)



Bahan-bahannya:

4 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan gula merah + 3/4 cawan gula pasir - masak dengan 2 1/2 cawan air -tapis dan sejukkan
1 1/2 sudu makan mauripan (yis segera) - bancuh dengan sedikit air dan biarkan yis naik

Cara-caranya:

1) Masukkan tepung gandum ke dalam bekas.

2) Masukkan pula yis yang telah kembang ke dalamnya. Kacau rata.

3) Kemudian barulah dimasukkan pula air gula yang telah ditapis tadi. Bancuh dan kacau adunan supaya tidak bergentel.

4) Bila adunan sudah siap dibancuh, tutup bekas tadi dengan penutup atau apa saja asalkan bertutup.

5) Biarkan adunan terperap selama lebih kurang 2 jam atau sehingga adunan naik sekali ganda.

6) Selepas itu, barulah dikukus adunan tadi selama lebih kurang 1 jam.

7) Bila dah betul-betul masak, boleh la tutup api. Apam ini sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam...

**Mauripan=1 bungkus
**Tenyeh tepung yang bergentel dengan menggunakan garfu..
**Percubaan ketiga, saya menggunakan gelas untuk sukatan. Dapat la banyak sikit apam tu dan bersesuaian dengan sebungkus yis.

================
Update:

Komen dari kak Erna...
Mekasih kak...
Saya dah betulkan balik dah resepi tu..

kak Erna said...

azz..adunan ni..cair..tak boleh jadi doh..jadi doh nanti..apam keras..tak naik..cair..macam..nak buat kuih ketayap tu lebih kurang..atau roti jala..macam tu la..sori tak cite dari awal..

Thursday, November 4, 2010

RENDANG TOK BABAS

Assalamualaikum...

Resepi ni saya ambil dari slot WHI. Saya snap dulu, pastu barulah saya tulis balik semula. Nak salin resepi masa rancangan tengah berlangsung memang tak sempat punya la... =)

Bahan-bahannya:

1 kg daging kambing batang pinang - dipotong saiz sederhana besar
6 sudu makan minyak masak
1 bungkus 4 sekawan - kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
10 tangkai cili kering - dikisar
20 ulas bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
3 inci halia - dikisar
10 batang serai - dikisar
3 inci lengkuas - dikisar
3 sudu makan serbuk kari Babas
2 sudu makan serbuk cili Babas
1 liter santan pekat
5 helai daun kunyit - dimayang
300 gm kerisik
garam dan bahan perasa secukup rasa

Cara-caranya:

1) Panaskan minyak, kemudian tumiskan 4 sekawan hingga naik bau.

2) Masukkan kesemua bahan kisar dan kacau hingga garing.

3) Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau hingga sebati.

4) Masukkan santan dan daging. Masak dengan api sederhana dan kacau supaya tidak pecah santan.

5) Bila daging mulai empuk dan kuah memekat, bolehlah dimasukkan daun kunyit, garam dan serbuk perasa (jika suka).

6) Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau sehingga kuah memekat dan mula mengering.


Selamat mencuba ya. Mungkin masakan korang lagi sedap dari masakan Pak Engku ni... =D