Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, December 12, 2010

PUDING NENAS Bergoyang..

Assalamualaikum...

Ni puding nenas buatan sendiri tau hahaha... Main hentam je ni. Nasib baik menjadi dan budak-budak ni suka... ☺☺☺


Bahan-bahannya:

1 peket dadih serbuk berperisa nenas - satu peket rm5.20 (kat sini la..)
11 gram agar-agar
1/2 cawan gula pasir - ikut kemanisan yang disukai
1 tin susu cair
1 tin nenas
3000 ml air @ 2 botol besar air mineral
1 sudu kecil esen pewarna kuning telur - jika suka


Anak sedara saya kata ni gambar kuda.... =)))

Caranya:

1) Masak agar-agar hingga larut. Kemudian masukkan gula. Kacau sampai gula mencair.

2) Bila sudah mendidih, masukkan pula esen berwarna kuning telur, susu cair dan nenas. Kacau hingga mendidih lagi sekali. Bila sudah mendidih, terus tutup api.

3) Terus je curahkan serbuk dadih segera dan serbuk gula buah yang ada di dalam peket dadih tu. Kacau perlahan-lahan dan bolehlah terus dituangkan puding ke dalam loyang/acuan yang disukai.



Nota: Puding nenas ni lembut dan budak-budak memang sukakannya... Selamat mencuba... =)

Saturday, December 11, 2010

AYAM GORENG KACANG Je...

Assalamualaikum...

Hari ni masak ayam lagi tapi kali ni campur dengan kacang panjang pulak. Budak-budak ni ada yang suka makan sayur kacang panjang ni dan ada yang langsung tak suka makan sayur. Susah betul nak suruh dorang makan sayur...

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
1 ikat kacang panjang - potong memanjang
5 biji cili merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih- ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 labu bawang besar - dihiris membulat
1 ketul/inci halia - ditumbuk
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
minyak untuk menggoreng


Caranya:

1) Ayam dibersihkan dan gaulkan dengan serbuk kunyit + garam dan goreng hingga sedikit garing. Tos dan ketepikan seketika.

2) Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Kacau rata.

3) Masukkan hirisan bawang besar, sos tiram dan kicap manis. Kacau lagi.

4) Masukkan pula kacang panjang dan kacau rata. Jika suka berkuah, boleh la ditambah sedikit air dan biarkan mendidih seketika.

5) Akhir sekali barulah dimasukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan rasa dulu sebelum angkat.

Kacang je resepi ni... kannnn... =D

Wednesday, December 8, 2010

AYAM MASAK MERAH agogo...

Assalamualaikum...

Resepi ni saya main hentam je. Takde ambil kat mana-mana blog ya... Kang ada pulak yang kata saya cilok resepi dia... ;)

Saya suka masak yang mudah-mudah je. Apa yang penting ramai suka dengan masakan tu dan tiada pembaziran berlaku. Kalau tengok blog masakan yang lain, masing-masing punya la hias masakan tu cantik-cantik. Pastu siap letak dalam pinggan yang mahal lagi. Tapi saya ni main letak je kat dalam bekas tuppaware ni haa.. Kadang-kadang letak dalam pinggan atau mangkuk hadiah serbuk pencuci Daia je... hehehe...


Bahan-bahannya:

1 ekor ayam - potong ikut saiz yang disukai
2 labu bawang besar - dihiris membulat
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk - jika suka
2 keping tauhu - digoreng dan dipotong kecil/dadu
3 sudu makan cili kering kisar - boleh tambah jika nak lagi pedas
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit kicap manis
Sedikit sos cili
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air

Caranya:

1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit + garam dan goreng sehingga sedikit garing. Angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.

2) Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau. Kacau.

3) Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili pecah minyak.

3) Masukkan sos tiram, serbuk lada putih, sos cili dan kicap manis. Kacau rata.

4) Tunggu sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kuahnya terlalu pekat dan tunggu hingga kuah tu mendidih lagi sekali.

5) Masukkan hirisan bawang besar dan ayam yang telah siap digoreng tadi. Kacau lagi.

6) Akhir sekali barulah dimasukkan hirisan tauhu goreng dan kacau rata. Rasa dulu sebelum tutup api dapur.

Selamat mencuba ya.. =D

Nota: Tauhu tu boleh juga digantikan dengan tempe ataupun kacang panjang/boncis.