Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, April 13, 2011

APAM SENYUM

Assalamualaikum...

Ni adalah resepi apam senyum yang saya ambil kat sini. Saja nak kongsikan kat blog dapo saya ni. Mana la tau kalau nak buat nanti, senang sikit nak mencarinya. Takde la nak google lagi. Penat jugak kalau asyik menggoogle je dengan line streamyx yang tak stabil ni.. =)

Resepi ni memang saya CnP 100% dari blog tu. Pengakuan berani mati ni... Tapi saya dah bagi kredit kat situ... :D

Bahan:

300 gram tepung gandum
250 gram gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
1 sudu kecil ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara:

1. Panaskan kukusan sehingga airnya mendidih.

2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.

3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.

4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.

5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.

6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yang berasingan.

7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag setiap warna yang berlainan.

8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.

9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus sehingga apam naik/masak. (Lebih kurang 20-25 minit).

10. Bila telah masak, angkat dan hidangkan.

***************************

Ini apam yang saya buat mengikut resepi di atas. Cuma caranya mengikut cara saya sendiri dan mengikut keselesaan saya...



Nota: Cara nak masukkan adunan ke dalam papercup terpulang pada keselesaan masing-masing.

Sunday, March 27, 2011

TEMPE + TAUHU SI HITAM MANIS.. =)

Assalamualaikum...

Lamanya blog dapur ni tak berasap.. hehe.. Sangat malas nak mencari resepi dan lagi malas nak memasak.. =)

Kali ni nak kongsikan resepi paling sempoi kat dunia ni. Main campak-campak je la ya.. :P

Tempe + Tauhu si hitam manis.

Bahan-bahannya:

2 peket tempe dalam plastik (dihiris kecil)
3 keping tauhu (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dihiris membulat)
3 biji kacang botol atau 3 urat kacang panjang (jika suka - potong ikut suka masing-masing)
sedikit kicap manis
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Caranya:

1) Panaskan minyak dan goreng hirisan tempe sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.

2) Tumiskan bawang putih, cili merah, bawang besar sehingga naik bau.

3) Masukkan tauhu yang telah dipotong dadu tadi. Kacau perlahan-lahan supaya tauhu tak pecah/hancur. Masukkan sedikit garam. Rasa.

4) Masukkan kacang botol/kacang panjang. Kacau lagi.

5) Akhir sekali barulah dimasukkan gorengan tempe tadi dan sedikit kicap manis. Kacau sebati. Rasa dulu sebelum angkat.

Selamat mencuba... hehehe...

Wednesday, January 12, 2011

AGAR-AGAR ROTI sodaaappp..!!!

Assalamualaikum....

Semalam saya cuba buat resepi agar-agar roti. Kebetulan semua bahan dah tersedia ada kat dapur. Apa lagi, mood rajin dah datang.. Saya ubah sikit resepi tu. Resepi asal tu gunakan 6 keping roti dan 6 cawan air, tapi saya gunakan 7 keping roti dan 7 cawan air. Roti memang tinggal 7 keping je, sayang la pulak nak tinggalkan sekeping tu. Saya gunakan roti gardenia. Bahan yang lain tu sama je dengan resepi asal. Memang lembut dan gebu je bila dah jadi. Terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi resepi tu ya... =)



Bahan-bahan yang saya gunakan:

7 keping roti (disiat kecil-kecil)
20g agar-agar biasa (direndam seketika biar kembang)
7 cawan air
1 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Gula ikut manis yang disukai
3 pewarna lain (jika suka banyak warna)

Cara-caranya: (cara saya)

1) Masukkan telur ke dalam bekas. Pukul sedikit.

2) Masukkan esen vanilla.

3) Masukkan pula susu cair. Kacau sedikit biar rata.

4) Masukkan pula roti yang telah disiat-siat tadi. Gaul rata agar sebati dan biarkan roti tu terendam seketika.

**Sepatutnya kena kisar/blend adunan ni tapi saya tak blend/kisar sebab kat rumah takde blender khas untuk blend adunan kuih. Yang ada blender cili je. Kang pedas lak agar-agar ni.. :-)


5) Sementara tu, toskan agar-agar yang direndam tadi dan masak dengan 7 cawan air.

6) Bila agar-agar telah larut, tuangkan adunan yang berisi roti tadi.

7) Masukkan gula mengikut rasa yang disukai. Tunggu sehingga gula mencair.

8) Biarkan mendidih seketika dan selepas tu barulah boleh tutup api.

9) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (jika suka). Boleh juga letak satu jenis pewarna je, bergantung pada selera masing-masing la kann...

10) Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tuangkan satu persatu. Untuk mencorakkannya, pandai-pandai sendirilah ya... =D

11) Tunggu sehingga agar-agar sejuk. Kemudian bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Lepas tu bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba...