Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Friday, June 3, 2011

APAM PISANG dari REEN KHAN...

Assalamualaikum...

Jalan-jalan cari resepi, maka terjumpa pulak resepi apam pisang kat blog Reen Khan ni. Teringin pulak nak mencubanya sebab nampak cantik je gambar apam pisang yang dia buat tu. Terima kasih ya kongsi resepi...  :)

BAHAN-BAHANNYA:

1 CAWAN PISANG EMAS (YANG SUDAH DILENYEK)
1 CAWAN SUSU CAIR ATAU SANTAN (SAYA GUNA SUSU CAIR)
1 CAWAN GULA PASIR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU MAKAN SODA (DIRATAKAN)
2 SUDU KECIL GARAM
KISMIS 

CARA-CARANYA:

1- CAMPURKAN SEMUA BAHAN-BAHAN DAN GAUL HINGGA SEBATI.

2- PERAP SELAMA 2 JAM.

3- KUKUSLAH LEBIH KURANG 45 MINIT- 1 JAM (SEHINGGA BERTUKAR WARNA COKLAT PERANG)


Nota: Bahan-bahannya mudah je.. Harus cuba buat ni.. Nanti kalau menjadi, saya update ya... :P

Thursday, June 2, 2011

Resepi roti dari Kak Pah

Assalamualaikum...


Hari tu saya buat roti tapi tak puas hati dengan hasilnya. Pastu, cuba-cubalah 'ngecek' resepi dari Kak Pah sebab saya tau Kak Pah memang pakar dalam masak-memasak ni.. Pastu, try la godek-godek entry lama Kak Pah (sebab Kak Pah suruh cari sendiri huhuhu...), dan terjumpa la resepi ni. Saya CnP aje resepi tu. Tenkiu Kak Pah... :-)


Bahan A
600 gm tepung HP **(Tambahan 50 gm - tepung gandum)
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver **(1 sudu kecil ovalette)
11 gm yeast (1 peket mauripan)
** 1 sudu kecil baking powder
Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila **(buttercup je..)

Bahan C
60 gm butter

Hiasan
Hotdog
mix vege
mayonis
cili sos

Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut. Lagipun, umangai.. longoh lah tangan..

Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.


Bakar dengan suhu 180 C sehingga kekuningan. Bak kata Kak Pah, dia jenguk-jenguk selalu oven tu dan pusing-pusingkan tray.. (tengok kat ruangan komen..)


p/s: Resepi berserta gambar roti yang menggiurkan ada kat sini... 


---------------------------------------------------

UPDATE:


Saya sedang cuba membuat roti mengikut resepi Kak Pah ni. Yang bertanda ** tu, saya tambah sendiri sebab saya takde bahan seperti dalam resepi Kak Pah. Harap-harap menjadi la roti saya nanti... huhuhu..


Dan inilah hasilnya.... Seronok bila tengok anak-anak buah makan roti ni... Hingga menjilat jari.. hehehe...




p/s: Terima kasih banyak-banyak kat Kak Pah yang bagi resepi ni... :)

Wednesday, June 1, 2011

Muffin Pisang Bercoklat

Assalamualaikum...

Saya baru je selesai buat muffin pisang ni. Dari tahun lepas lagi nak cuba buat, tapi baru hari ni berkesempatan mencubanya... Punya la lama masa yang diambil untuk mencuba. Kalau tak menjadi, memang tak berbaloi la gamaknya... hehe.. Mujur jugak menjadi, walaupun tak sehebat buatan chef terkemuka... Setakat nak makan tu, boleh la... :-)

Pisang emas yang saya gunakan. Pisang ni saiz kecik je, kurang panjang dari jari telunjuk saya... haha..

Bahan-bahannya:

330 gram tepung gandum - ayak bersama dengan baking powder
200 gram gula
240 ml susu segar/cair - saya gunakan susu segar
115 gram butter
6 biji pisang emas - seperti dalam gambar (kalau pisang saiz besar, gunakan 3 biji sahaja)
3 biji telur
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen perasa pisang
sedikit coklat rice 
paper cup secukupnya


Cara-caranya: (Panaskan oven dahulu sebelum mula mengadun...)

1- Cairkan butter.

2- Masukkan gula ke dalam butter dan pukul hingga rata.

3- Masukkan telur, esen, susu segar dan ovalette. Pukul sedikit..

4- Masukkan pisang emas yang terlebih dahulu telah dipotong kecil atau dilenyek. Kaup balik agar rata..

5- Masukkan campuran tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit sambil. Kaup balik lagi hingga sebati.

6- Masukkan sedikit coklat rice ke dalam adunan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam paper cup yang telah diletakkan ke dalam acuan. Boleh juga taburkan lebihan coklat rice ke atasnya.

7- Bakar sehingga masak - oven saya menggunakan api bawah sahaja. Jadi, pembakaran mengambil masa lebih kurang 30-40 minit dengan suhu 180 C.


Nota: Resepi asal kat sini, tapi saya ubah sedikit mengikut kesesuaian... Adunan ni dapat 24 biji saiz besar dan 23 biji saiz kecil..

** Saya tersilap sikit.. Sepatutnya masa buat muffin ni, tak boleh pukul beria.. Hanya gunakan teknik kaup-balik je... Next time jangan gunakan mixer...