Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, May 3, 2012

Kuih sagu...

Assalamualaikum...

Kuih sagu...

Bahan-bahannya:

300 gram sagu biji saiz kecil (saya gunakan sagu yang dah siap berwarna)
3 gelas air
1/2 cawan gula (boleh tambah jika suka manis)
1/2 biji kelapa (parut ambil yang putih sahaja)
Secubit garam
Sedikit pewarna merah (jika sagu berwarna putih)
Sehelai daun pandan (tak letakpun tak apa)


Cara membuatnya:

1- Basuh bersih sagu biji dan toskan.

2- Masak air bersama gula dengan api yang perlahan. Masukkan juga pewarna merah dan daun pandan. Biarkan gula larut.

3- Bila gula dah larut, masukkan sagu biji tadi.

4- Kacau sagu perlahan-lahan tanpa henti sehingga sagu betul-betul masak dan tiada lagi kelihatan warna putih pada sagu tadi.

5- Bila dah masak, masukkan ke dalam loyang. Biarkan ia sejuk.

6- Bila dah sejuk, barulah boleh di potong sagu tadi dan digaulkan bersama dengan kelapa yang sudah digaul dengan garam..

Selamat mencuba.. :)

Wednesday, April 11, 2012

Cupcake coklat kukus...

Assalamualaikum...

Cupcake coklat kukus...

Hari tu masa kakak balik sini, borak-borak la dengan dia pasal kek coklat yang pernah saya buat dulu. Dan dia sarankan  agar saya mencuba kaedah kukus dan jadikan seperti muffin ataupun cupcake.. Kalau selama ni saya cuma bakar je kek coklat tu, maka kali ni saya cuba kukus la pulak.. 

Dan inilah hasilnya.. Tidak berapa kemas buatannya sebab pertama kali kukus kek coklat ni.. Agak bersememeh sikit.. Adunan ikut resepi kek coklat yang biasa orang lain buat tu.. Silalah tanya atok gugel.. 






p/s: Itu je.. Sekadar update blog dapo yang dah berkurun tak berasap ni.. haha..

Tuesday, February 7, 2012

Daging masak lada hitam bersama kentang...

Assalamualaikum...

Daging masak lada hitam bersama kentang...

Lamanya dapur ni tak berasap.. huhu... Bukannya tak masak langsung, cuma dah agak malas sikit nak masukkan resepi kat sini.. Saya ni baru je selesai masak daging lada hitam dan semestinya ada kentang.. Tak sah kalau takde kentang ni.. ehehh.. 

Bahan-bahannya:

1/2 kilo daging - dihiris nipis
4 biji kentang - dipotong ikut suka
3 labu bawang besar - dihiris membulat
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
2 biji cili merah - ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
1 inci halia - ditumbuk kasar
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 biji limau nipis - ambil air
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam kasar
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram



Caranya:

1- Panaskan minyak dalam kuali. Bila dah panas, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi kecuali lada hitam.

2- Bila dah naik bau, masukkan hirisan daging tadi. Kacau rata dan masukkan terus garam kasar supaya garam cepat mencair. Biarkan seketika sehingga daging lembut. Api dapur biarlah sederhana sahaja..

3- Kemudian masukkan terus kentang bersama hirisan bawang besar. Kacau sebati.

4- Masukkan sekali sos tiram, kicap manis, perahan limau nipis, lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau lagi dan tunggu sehingga kentang empuk. Jika kentang belum empuk tapi masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kalau suka berkuah, boleh lebihkan air tu.

5- Rasa dahulu masakan sebelum tutup api dapur.

Selamat mencuba.. :-)