Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, June 6, 2011

Inti sosej

Assalamualaikum...

Baru selesai masak inti ni. Tak tau la samada nak jadikan inti roti ataupun inti karipap. Kali ni saya cuba reka inti tu dengan menggunakan hirisan sosej sebagai menggantikan daging/ayam.

Tu dia... Dengan kuali buruk sekali interprem... hahaha..

Bahan-bahannya: 

6 biji kentang - dipotong dadu
2 labu bawang besar- dihiris/dimayang
3 ulas bawang putih - dititik
3 sudu makan serbuk kari Babas - dibancuh dengan sedikit air
1 1/2 peket sosej - dihiris nipis membulat
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
air untuk mengempukkan kentang

Cara-caranya:

1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.

2- Masukkan hirisan bawang besar. Kacau sebati.

3- Masukkan serbuk kari. Kacau dan biarkan hingga mendidih.

4- Masukkan pula kentang. Kacau rata. Biarkan kering seketika.

5- Masukkan sedikit air untuk empukkan kentang. Biarkan mendidih.

6- Bila kentang dah mulai empuk, terus je masukkan hirisan sosej. Masukkan sedikit garam dan kacau sebati.

7- Biarkan air menjadi kering sedikit. Jika kentang dah betul-betul empuk dan rasa dah okay, matikan api dapur. Sejukkan dulu baru dijadikan inti.





Nota: Saya tak gunakan daun kari sebab malam-malam ni mana nak cekau daun kari tu.. hehehe..

Sunday, June 5, 2011

Percubaan kali kedua...

Assalamualaikum...

Saje je nak letakkan gambar roti sosej ni. Ni percubaan kali kedua yang saya buat. Kali pertama buat dulu dekorasi mayonisnya agak kelam kabut. Biasa la tu kan, dah namanya kali pertama.. hehe...









Untuk kali ni, saiz bebola ni saya kecilkan sedikit dan isi kat dalamnya dengan hirisan sosej. Tapi ianya tetap mengembang jadi besar jugak.. haha.. Ingat nak buat lagi, tapi butter dengan keju dah habis la pulak. Mungkin buat roti biasa je dulu... Seronok pulak main uli-uli tepung ni... hehe.. Resepi roti ni ada kat sini ya..

Friday, June 3, 2011

APAM PISANG dari REEN KHAN...

Assalamualaikum...

Jalan-jalan cari resepi, maka terjumpa pulak resepi apam pisang kat blog Reen Khan ni. Teringin pulak nak mencubanya sebab nampak cantik je gambar apam pisang yang dia buat tu. Terima kasih ya kongsi resepi...  :)

BAHAN-BAHANNYA:

1 CAWAN PISANG EMAS (YANG SUDAH DILENYEK)
1 CAWAN SUSU CAIR ATAU SANTAN (SAYA GUNA SUSU CAIR)
1 CAWAN GULA PASIR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU MAKAN SODA (DIRATAKAN)
2 SUDU KECIL GARAM
KISMIS 

CARA-CARANYA:

1- CAMPURKAN SEMUA BAHAN-BAHAN DAN GAUL HINGGA SEBATI.

2- PERAP SELAMA 2 JAM.

3- KUKUSLAH LEBIH KURANG 45 MINIT- 1 JAM (SEHINGGA BERTUKAR WARNA COKLAT PERANG)


Nota: Bahan-bahannya mudah je.. Harus cuba buat ni.. Nanti kalau menjadi, saya update ya... :P