Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, June 15, 2011

Kuih Lapis dari Ijayuji..

Assalamualaikum...

Saya kongsikan resepi kuih lapis yang saya ambil kat sini.. Tenkiu ya. Ada masa nanti saya nak cuba buat. Saya ada resepi kuih lapis ni, tapi resepi masing-masing tak sama. Tu yang nak cuba buat tu. Tapi bukan sekarang, nanti-nanti la saya buat hehehe. Kalau menjadi nanti saya tempekkan gambar.. :-)

Bahan-bahannya:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose


Cara Penyediaan:
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Monday, June 6, 2011

Inti sosej

Assalamualaikum...

Baru selesai masak inti ni. Tak tau la samada nak jadikan inti roti ataupun inti karipap. Kali ni saya cuba reka inti tu dengan menggunakan hirisan sosej sebagai menggantikan daging/ayam.

Tu dia... Dengan kuali buruk sekali interprem... hahaha..

Bahan-bahannya: 

6 biji kentang - dipotong dadu
2 labu bawang besar- dihiris/dimayang
3 ulas bawang putih - dititik
3 sudu makan serbuk kari Babas - dibancuh dengan sedikit air
1 1/2 peket sosej - dihiris nipis membulat
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
air untuk mengempukkan kentang

Cara-caranya:

1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.

2- Masukkan hirisan bawang besar. Kacau sebati.

3- Masukkan serbuk kari. Kacau dan biarkan hingga mendidih.

4- Masukkan pula kentang. Kacau rata. Biarkan kering seketika.

5- Masukkan sedikit air untuk empukkan kentang. Biarkan mendidih.

6- Bila kentang dah mulai empuk, terus je masukkan hirisan sosej. Masukkan sedikit garam dan kacau sebati.

7- Biarkan air menjadi kering sedikit. Jika kentang dah betul-betul empuk dan rasa dah okay, matikan api dapur. Sejukkan dulu baru dijadikan inti.





Nota: Saya tak gunakan daun kari sebab malam-malam ni mana nak cekau daun kari tu.. hehehe..

Sunday, June 5, 2011

Percubaan kali kedua...

Assalamualaikum...

Saje je nak letakkan gambar roti sosej ni. Ni percubaan kali kedua yang saya buat. Kali pertama buat dulu dekorasi mayonisnya agak kelam kabut. Biasa la tu kan, dah namanya kali pertama.. hehe...









Untuk kali ni, saiz bebola ni saya kecilkan sedikit dan isi kat dalamnya dengan hirisan sosej. Tapi ianya tetap mengembang jadi besar jugak.. haha.. Ingat nak buat lagi, tapi butter dengan keju dah habis la pulak. Mungkin buat roti biasa je dulu... Seronok pulak main uli-uli tepung ni... hehe.. Resepi roti ni ada kat sini ya..