Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, May 29, 2011

AYAM MASAK MERAH cara saya.. :-)

Assalamualaikum...

Tengahari tadi saya buat ayam masak merah. Kalau resepi yang dulu saya masukkan tauhu, tapi kali ni saya masukkan sos tomato dan campurkan dengan sayur kacang panjang. Selalunya orang masukkan kacang peas, ya tak..? Malas pulak nak ke kedai cari kacang peas dalam tin tu. Tu yang masukkan aje kacang panjang tu. Lagipun kacang panjang tu memang pebret saya... hehe...


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam (ataupun ambil bahagian yang banyak isi je..)
3 labu bawang besar - 1 labu dikisar dan 2 labu dihiris membulat
3 ulas bawang putih - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji cili hijau - dikisar
1 genggam cili kering - seeloknya digunting untuk buangkan biji kemudian dikisar
1 cekak kacang panjang
1 sudu makan sos tiram
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato 
** Kalau nak lebih rasa tomato, kenalah lebihkan sos tomato tu dari sos cili..
Sedikit kicap manis
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara:

 1- Ayam dipotong kecil-kecil dan digaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian, digoreng macam biasa. Jangan goreng terlalu garing. Ketepikan.

2- Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. 

3- Bila dah agak mendidih, masukkan semua sos iaitu sos tiram, sos cili dan sos tomato.

4- Kacau dan biarkan mendidih seketika. Masukkan pula hirisan bawang besar. Kacau rata.

5- Kemudian, masukkan pula kacang panjang dan sedikit garam halus. Kacau lagi.

6- Bila kacang dah mula empuk (jangan terlalu empuk), masukkan sedikit kicap cair. Kacau lagi.

7- Akhir sekali, masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan rasa dulu sebelum matikan api dapur.

Selamat mencuba.. nyumm3... :p

Wednesday, May 25, 2011

Karipap Pusing..

 Assalamualaikum...

Saya sedang mencari resepi karipap pusing dan terjumpa la resepi tu kat sini. Untuk memudahkan pencarian jika saya hendak mencubanya nanti, maka saya kongsikan kat sini resepi tu ya. Terima kasih ya.. Siapa yang nak jenguk resepi lain, boleh tengok kat link tadi.. Macam-macam resepi ada kat situ. Jangan lupa, bagi kredit atau baclink kat page tu tau.. :-)

KARIPAP PUSING

Bahan-bahan: 


1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam 


** Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan.

2. Doh marjerin 


150gm tepung gandum
100gm marjerin. **Sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. 

Inti keledek 


2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus 


** Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
 


Nota: Nak cuba buat la tapi saya lebih suka inti kentang + daging...

Sunday, May 22, 2011

Buat kek lagi.. :-)

Assalamualaikum..

Semalam saya buat lagi kek ni. Kalau ada sesiapa yang nak mencuba, resepi tu ada saya letakkan kat sini. Dah lama tak buat kek, tu yang cuba asah skill balik tu.. hehe.. Bukan apa, kalau tak dipraktikkan, takut lupa pulak nanti...

Ni gambar sebelum masukkan ke dalam oven. Saja je suka-suka buat corak tu..

Ni kat dalam oven...

Ni selepas dikeluarkan dari oven..

Dan ini la hasilnya setelah sejuk dan dipotong... Nyumm3.. 

Nota: Kali ni saya tambahkan 1 sudu kecil ovalette ke dalam adunan untuk menggebukan lagi kek ni. Selamat mencuba... :-)