Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, December 8, 2010

AYAM MASAK MERAH agogo...

Assalamualaikum...

Resepi ni saya main hentam je. Takde ambil kat mana-mana blog ya... Kang ada pulak yang kata saya cilok resepi dia... ;)

Saya suka masak yang mudah-mudah je. Apa yang penting ramai suka dengan masakan tu dan tiada pembaziran berlaku. Kalau tengok blog masakan yang lain, masing-masing punya la hias masakan tu cantik-cantik. Pastu siap letak dalam pinggan yang mahal lagi. Tapi saya ni main letak je kat dalam bekas tuppaware ni haa.. Kadang-kadang letak dalam pinggan atau mangkuk hadiah serbuk pencuci Daia je... hehehe...


Bahan-bahannya:

1 ekor ayam - potong ikut saiz yang disukai
2 labu bawang besar - dihiris membulat
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk - jika suka
2 keping tauhu - digoreng dan dipotong kecil/dadu
3 sudu makan cili kering kisar - boleh tambah jika nak lagi pedas
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit kicap manis
Sedikit sos cili
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air

Caranya:

1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit + garam dan goreng sehingga sedikit garing. Angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.

2) Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau. Kacau.

3) Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili pecah minyak.

3) Masukkan sos tiram, serbuk lada putih, sos cili dan kicap manis. Kacau rata.

4) Tunggu sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kuahnya terlalu pekat dan tunggu hingga kuah tu mendidih lagi sekali.

5) Masukkan hirisan bawang besar dan ayam yang telah siap digoreng tadi. Kacau lagi.

6) Akhir sekali barulah dimasukkan hirisan tauhu goreng dan kacau rata. Rasa dulu sebelum tutup api dapur.

Selamat mencuba ya.. =D

Nota: Tauhu tu boleh juga digantikan dengan tempe ataupun kacang panjang/boncis.

2 comments:

Acik Erna said...

azz..masak macam ni la sodap..nak cubo la kut resepi azz ni..anak2 akak kalau ada kicap2 ni..no.satu..suko betul dia makan..

Cik Azz said...

Kak Erna> Cubo la kak... Sonang yoo.. Kdg2 kito ni masak beria tp takdo yg nak makan sangat... Masak yang mudah dan ringkas yoo...

Samo la dgn budak2 kek rumah ni kak.. Asek makan yoo kojo ehh.. hehe...