Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, January 11, 2010

TART GULUNG (1)

Assalamuaikum...

Resepi tart gulung ni saya dapat dari seorang kawan yang memang buat bisnes masa raya. Cubalah ya...



gambar hasil dari google aje....hehe


TART GULUNG

Bahan-bahan untuk kulit:

250g/1 buku butter
1 biji kuning telur
3 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan lemak sayur
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam (tak nak letakpun tak apa)
tepung gandum ikut lembut (bila diuli tak melekat dijari)
2 biji kuning telur + 1 sudu makan pati oren (sebagai hiasan)

Cara-cara:

1) Pukul telur dengan butter hingga sebati. (Jangan pukul terlalu kembang).

2) Masukkan lemak sayur, esen vanilla, susu pekat, garam dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.

3) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan tidak melekat dijari. (Jangan terlalu lembut atau terlalu keras).

4) Masukkan adunan ke dalam acuan tart. Pam acuan tersebut perlahan2 untuk mengelakkan adunan patah.

5) Potong adunan yang telah dipam tadi dan letakkan jem nenas ke dalamnya.

6) Gulung dan sapukan campuran kuning telur dan pati oren di atasnya sebagai hiasan. Bakar dalam oven sehingga masak.

p/s: Jem nenas janganlah terlalu cair.Pastikan jem mudah untuk digentel.

KUIH BUNGA KEMBOJA

Assalamualaikum.........

Saya nak kongsi resepi yang diambil dari satu program tv RTM masa bulan puasa hari tu. Saya belum cuba lagi buat kuih ni. Apapun, diharap anda cubalah dulu ya....

KUIH BUNGA KEMBOJA

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam (gred A)
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan pekat
500g gula pasir
230g tepung gandum
sedikit garam (ikut rasa)

Cara-cara:

1) Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di dalam oven.

2) Pukul kesemua bahan sehingga benar2 sebati/kembang.

3) Bila acuan sudah panas, keluarkan dari oven dan masukkan adunan tadi ke dalamnya.

4) Bakar sehingga masak. Lakukan sehingga adunan habis (seeloknya biarlah ada banyak acuan, cepat sikit proses pembakaran).

***Lagi elok jika ada oven yang mempunyai api di atas dan bawah. (Jika bakar dengan cara tradisional lagi bagus).