Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, May 29, 2011

AYAM MASAK MERAH cara saya.. :-)

Assalamualaikum...

Tengahari tadi saya buat ayam masak merah. Kalau resepi yang dulu saya masukkan tauhu, tapi kali ni saya masukkan sos tomato dan campurkan dengan sayur kacang panjang. Selalunya orang masukkan kacang peas, ya tak..? Malas pulak nak ke kedai cari kacang peas dalam tin tu. Tu yang masukkan aje kacang panjang tu. Lagipun kacang panjang tu memang pebret saya... hehe...


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam (ataupun ambil bahagian yang banyak isi je..)
3 labu bawang besar - 1 labu dikisar dan 2 labu dihiris membulat
3 ulas bawang putih - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji cili hijau - dikisar
1 genggam cili kering - seeloknya digunting untuk buangkan biji kemudian dikisar
1 cekak kacang panjang
1 sudu makan sos tiram
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato 
** Kalau nak lebih rasa tomato, kenalah lebihkan sos tomato tu dari sos cili..
Sedikit kicap manis
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara:

 1- Ayam dipotong kecil-kecil dan digaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian, digoreng macam biasa. Jangan goreng terlalu garing. Ketepikan.

2- Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. 

3- Bila dah agak mendidih, masukkan semua sos iaitu sos tiram, sos cili dan sos tomato.

4- Kacau dan biarkan mendidih seketika. Masukkan pula hirisan bawang besar. Kacau rata.

5- Kemudian, masukkan pula kacang panjang dan sedikit garam halus. Kacau lagi.

6- Bila kacang dah mula empuk (jangan terlalu empuk), masukkan sedikit kicap cair. Kacau lagi.

7- Akhir sekali, masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan rasa dulu sebelum matikan api dapur.

Selamat mencuba.. nyumm3... :p