Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, January 9, 2010

MUFFIN COKLAT

Assalamualaikum....

Resepi muffin ni saya ambil dari blog ladymistz. Hari tu dah mintak kebenaran dah dari dia.... Mana boleh ambil sesuatu dengan sesuka hati dari rumah orang kann...




MUFFIN

Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko (saya guna serbuk van houtten)
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan fresh milk (den guno dutch lady)
1 biji telor (dipukul sedikit)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan choc chips (I guna hershey...sangat sedap nyum nyum)

Cara-cara:

1-Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.

2-Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.

3-Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.

4-Masukkan choc chips. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit).

CUPCAKE COKLAT

Assalamualaikum....

Ni adalah resepi dari kawan saya. Dia ni ada ambil kursus/belajar untuk membuat cupcakes ni. Tapi saya belum sempat nak mencuba lagi resepi ni. Tengok la esok atau lusa.... kalau rajin, saya buat la ya.... huhuhu...

Nampak macam sedap je kann... Tapi memang sedap ponn.... hehehe...


CUPCAKE COKLAT

Bahan-bahan A:

2 cawan tepung serbaguna
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bicarbonate

Bahan-bahan B:

2 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
2 biji telur ayam

Bahan C:

3/4 cawan air panas

Cara-caranya:

1) Ayak kesemua bahan2 A dan masukkan ke dalam satu bekas.

2) Di dalam bekas yang lain pula, gaulkan kesemua bahan2 B sehingga rata/sebati.

3) Kemudian campurkan kedua2 bahan A dan B. Gaul/pukul sama rata.

4) Akhir sekali barulah dimasukkan air panas (C).

5) Selepas itu barulah masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Kemudian bolehlah dibakar sehingga masak selama lebih kurang 15-20 minit.

LEMAK CILI PADI TELUR ITIK..

Assalamualaikum......


Lemak cili padi telur itik..


Resepi kali ni agak mencabar sikit. Tapi kalau betul-betul menjadi, ianya sungguh menjilat jari tau.... i tell u.... hehehe....







Bahan-bahan:

5-6 biji telur itik yang segar (jangan masuk angin)
1 1/2 biji kelapa (jadikan 2 mangkuk besar santan)
15/20 biji cili api (dikisar)
1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
2 batang serai (dititik)
2 ulas bawang merah (dihiris)

4 helai pucuk kunyit (basuh dulu>lap bagi kering>hiris halus)
1 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara-cara:

1) Masukkan santan dalam kuali.

2) Masukkan cili api dan kunyit hidup yang telah dikisar tadi.

3) Masukkan hirisan bawang merah, serai dan asam keping..

4) Nyalakan api dapur. Masak kuah dahulu dengan api yang sederhana besar sambil kacau supaya santan tak bergentel.

5) Masukkan pula garam.

6) Kacau perlahan-lahan. Biarkan kuah mendidih seketika.

7) Masukkan pula telur itik yang pertama. Jangan kacau kuah tetapi jiruskan sedikit demi sedikit kuah dengan lembut ke atas telur tu untuk mengelakkan telur dari hancur/pecah.

(Proses ni agak rumit sedikit kerana terpaksa tunggu telur pertama separuh masak, barulah dimasukkan telur yang kedua... tunggu hingga separuh masak juga.... dan begitulah seterusnya untuk telur yang terakhir).

8) Bila semua telur itik dah mula pejal, barulah dimasukkan hirisan pucuk kunyit. Kacau gulai perlahan-lahan.

9) Tunggu sehingga pucuk kunyit lecur/masak. Kemudian bolehlah tutup api dapur.



Nota: Sukatan bahan bergantung pada selera masing-masing ya... ;)


p/s: Korang juga boleh masukkkan 7-8 biji belimbing buluh yang dibelah dua untuk menggantikan pucuk kunyit tetapi dengan syarat jangan pulak letak asam keping, takut nanti gulai tu bertambah masam... SELAMAT MENCUBA....!!!


DONAT

Assalamualaikum.....

Mari kita belajar buat donat lak. Kalau ada yang terlebih rajin tu, boleh jugak siram coklat kat atas donat tu. Konon2 macam dunkin's donat tu la kan.... hehehe.....


sedapnya donat ni....nyumm....nyumm...yummyy.....hehe....


DONAT

Bahan-bahan:

3 sudu makan susu tepung***
4 sudu makan gula pasir***
1 cawan air***
1 sudu makan yis kering (mauripan)***
1/2 kg tepung gandum
1 biji telur ayam
3 sudu makan planta
sedikit gula pasir yg dikisar halus (untuk ditabur)

Cara-cara:

1) Bancuh kesemua bahan2 *** di dalam mangkuk. Kacau perlahan-lahan supaya susu tepung tidak bergentel. Tutup mangkuk dan biarkan seketika sehingga yis naik.

2) Bila *** sudah naik, masukkan pula ke dalam bekas yang berisi tepung gandum. Uli perlahan-lahan dan masukkan pula telur.

3) Lepas itu, masukkan pula planta. Uli dengan sebati hingga doh benar-benar lembut dan tidak melekat ditangan. Perap adunan seketika sehingga doh naik sekali ganda.

4) Bila doh dah naik/kembang, tumbuk2 doh tersebut untuk keluarkan udara yang tersimpan. Selepas tu, biarkan doh naik/kembang untuk kali kedua.

5) Selepas doh naik untuk kali kedua, bolehlah dimulakan proses menggentel. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan seperti bola. Kemudian buatkan lubang di tengah-tengahnya.

6) Goreng di dalam kuali dengan api yang sederhana. Bila dah masak, angkat dan biarkan seketika. Selepas tu bolehlah taburkan gula halus ke atasnya.

p/s: Mudah je kan. Kalau tak habis goreng, boleh la disimpan di dalam peti sejuk. Esok boleh goreng lagi. Kan jimat tuuuu...