Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Tuesday, January 12, 2010

KEK COKLAT

Assalamualaikum.....

Kali ni nak cuba buat kek coklat bertopping pulak. Resepi dari kakak saya jugak..

KEK COKLAT

Bahan-bahan A:

1 buku butter (250g)
250g gula castor
4 biji telur ayam (gred B)
1 sudu kecil esen vanilla
250ml susu segar (dutch lady)

Bahan-bahan B (diayak bersama):

290g tepung gandum
50g serbuk koko (van houten)
1 sudu makan coffeemate
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

1) Pukul butter dan gula sehingga kembang.

2) Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Kemudian masukkan esen vanilla.

3) Masukkan bahan2 B secara berselang-seli dengan susu segar. Kacau rata supaya adunan benar2 sebati.

4) Bakar didalam loyang yang telah siap digriskan terlebih dahulu selama lebih kurang 45minit-1 jam atau sehingga kek benar2 masak.

5) Sejukkan dan hiaslah dengan topping coklat (jika suka).

~> Bahan-bahan untuk topping coklat:
1 cawan susu pekat manis
60g butter
50g serbuk koko (van houten)

~> Cara-cara:
Kacau semua bahan sehingga larut di dalam periuk yang diletakkan di atas air panas (double boiler). Kemudian sejukkan sekejap. Bila dah sejuk, tuangkan coklat ke atas kek dan buatlah topping mengikut citarasa anda sendiri.

KUIH SIPUT

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak kongsi satu resepi yang juga diambil dari program RTM.

KUIH SIPUT

Bahan-bahan:

1 cawan planta
1/2 kilo tepung gandum (2 1/2 cawan)
3 sudu makan udang kering yang telah siap dikisar
1 sudu makan bawang putih yang telah siap dikisar
3 sudu makan bawang merah yang telah siap dikisar
3 sudu makan cili kering yang dikisar (ikut suka pedas)
1 sudu kecil jintan putih (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis (dikisar)
1 sudu kecil ketumbar (dikisar)
sedikit garam
sedikit daun kari
minyak masak secukupnya

Cara-cara:

1) Gaulkan tepung gandum bersama dengan planta sehingga sebati.

2) Masukkan kesemua bahan2 yang lain.

3) Adun sehingga adunan/doh boleh digentel dan tidak melekat dijari (pandai2 korang la nak buat apa kalau adunan/doh tu melekat yaa...)

4) Ambil sedikit doh, gentel dan tenyehkan pada acuan kuih siput. Ulangi proses yang sama sehingga adunan habis.

5) Goreng sehingga masak/garing. Sebelum kuih siput tu masak, jangan lupa masukkan daun kari ke dalam kuali.