Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, January 23, 2010

GULAI AYAM ATAU DAGING

Assalamualaikum....

Kali ni mari kita cuba resepi masak lemak cili padi ayam/daging ni.Bahan2 asasnya sama sahaja ya..

LEMAK CILI PADI AYAM @ DAGING

Bahan-bahannya:

1 kilo daging/1 ekor ayam
2 biji kelapa
15/20 biji cili api (ikut tahap kepedasan yang disukai)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
4 biji kentang (dibelah dua)
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Kisar/tumbuk lumat cili api, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup.

2) Masukkan bahan2 kisar tadi ke dalam periuk yang berisi ayam/daging. Kecutkan seketika dengan api yang sederhana sambil kacau sebati.

3) Bila air daging/ayam tadi sudah agak kering, masukkan pula santan. Kacau perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak. Biarkan mendidih seketika.

4) Masukkan pula serai.

5) Bila gulai sudah agak lama mendidih, barulah dimasukkan kentang dan garam. Kacau lagi. Tunggu sehingga kentang benar-benar empuk dan barulah ditutup api dapur.