Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, October 19, 2011

Apam pisang coklat rice..

Assalamualaikum...

Ini adalah entry copy paste bulat-bulat.. Backlink semua dah ada... Saja letak kat sini supaya senang nak cari.. Tengok gambar apam pisang kat blog tu betul-betul mencabar keinginan untuk mencuba.. Bila tu tak tau lagi laa... hehehe... Terima kasih ya sudi kongsi resepi...

APAM PISANG COKLAT RICE
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung
beberapa titik esen vanila
1/2 cawan coklat rice

Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

- ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.

Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.

* rasanya lain kali kalau buat K.Nor nak humban semua dlm mangkuk mixer (kecuali pisang dan coklat rice yg akan dimasukkan last). saja nak ngetest gitu. kalau sapa2 yg ada mixer yg strong sket tu boleh lah buat kaedah ni ya..