Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, September 15, 2014

Resepi doh kulit karipap..

Assalamu'alaikum...

Resepi doh kulit karipap..

Doh untuk kulit karipap dah siap.. Tengah perap sekejap hingga doh tu keluar minyak.. Kalau terus canai, nanti doh tu liat.. Jenuh nak menggelek.. Bengkak pulak muscle nanti.. hehe.. 






Ni ada resepi untuk doh karipap.. Saya dah selalu guna resepi ni.. Alhamdulillah, so far so good.. Resepi asal diambil dari blog jintanmanis tapi resepi dia cuma guna 400 gram tepung gandum sahaja.. Saya malas nak timbang-timbang tepung.. So, saya gunakan sekilo tepung terus dan bahan lain saya gandakan ikut sukatan asal.. Lagi satu, saya tak letak tepung beras seperti yang ada di dalam resepi beliau.. *Terima kasih atas perkongsian resepi doh karipap yang rangup ini.. 








Ni resepi untuk doh karipap yang sudah saya olah.. Kalau nak buat 1/2 kilo tepung gandum, just bahagikan dengan dua.. Resepi inti saya buat sendiri mengikut citarasa saya.. Alhamdulillah, sedang elok je keadaannya; tak lembik, tak keras..


Bahan-bahan:


1 kilo tepung gandum
1 1/4 cawan minyak masak - panaskan
5 sudu makan marjerin
1 1/4 cawan air dari peti sejuk
1 sudu kecil garam


Cara-cara:

1- Ayak tepung dan masukkan ke dalam bekas besar. Masukkan sekali garam.. Kacau rata biar sebati garam dan tepung..


2- Kemudian, tuangkan minyak masak yang telah dipanaskan tadi ke dalam lubang yang dibuat.. Sambil tuang minyak masak panas tu, sambil kacau gunakan senduk kayu atau sudu.. **Jangan kacau guna jari.. Melepuh jari tu nanti.. hehh..

3- Bila dah agak suam, ramas-ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.. 


4- Kemudian, masukkan air dari peti sejuk tadi.. Curahkan 1 cawan air dahulu.. Uli perlahan-lahan.. Kemudian, curahkan yang baki lagi 1/4 cawan tadi..  Uli lembut hingga sebati.. **InsyaAllah, adunan elok-elok je tak lembik, tak keras..



5- Lepas tu, masukkan pula marjerin. Uli doh sehingga lembut..


6- Kemudian, bulat-bulatkan doh sebesar bola golf.. Ambil doh, lepas tu genggam doh tu
 hingga keluar kat lubang gengaman tadi. Masukkan doh tadi ke dalam bekas yang bertutup rapat dan perap selama lebih kurang 2-3 jam supaya doh berminyak dan menjadi lembut..


7- Akhir sekali, boleh la dicanai doh tadi.. **Doh yang tak habis boleh di-frozen-kan.. Incase jika dah penat nak menggelek dan mengelim.. Bila nak guna, just defrost dulu..


Selamat mencuba... Kalau tak menjadi, jangan marah ya.. Boleh je gunting-gunting doh tu dan jadilah dia kuih gunting.. hehehe..



No comments: