Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, June 6, 2011

Inti sosej

Assalamualaikum...

Baru selesai masak inti ni. Tak tau la samada nak jadikan inti roti ataupun inti karipap. Kali ni saya cuba reka inti tu dengan menggunakan hirisan sosej sebagai menggantikan daging/ayam.

Tu dia... Dengan kuali buruk sekali interprem... hahaha..

Bahan-bahannya: 

6 biji kentang - dipotong dadu
2 labu bawang besar- dihiris/dimayang
3 ulas bawang putih - dititik
3 sudu makan serbuk kari Babas - dibancuh dengan sedikit air
1 1/2 peket sosej - dihiris nipis membulat
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
air untuk mengempukkan kentang

Cara-caranya:

1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.

2- Masukkan hirisan bawang besar. Kacau sebati.

3- Masukkan serbuk kari. Kacau dan biarkan hingga mendidih.

4- Masukkan pula kentang. Kacau rata. Biarkan kering seketika.

5- Masukkan sedikit air untuk empukkan kentang. Biarkan mendidih.

6- Bila kentang dah mulai empuk, terus je masukkan hirisan sosej. Masukkan sedikit garam dan kacau sebati.

7- Biarkan air menjadi kering sedikit. Jika kentang dah betul-betul empuk dan rasa dah okay, matikan api dapur. Sejukkan dulu baru dijadikan inti.





Nota: Saya tak gunakan daun kari sebab malam-malam ni mana nak cekau daun kari tu.. hehehe..