Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, September 6, 2010

KEK CARROT

Assalamualaikum...

Bahan:

4 biji telur (asingkan kuning dan putih. Pukul dahulu putih telur ni sampai kembang dan ketepikan seketika)
1 1/2 cawan minyak mazolla
150g gula halus
150g gula perang
1 1/2 cawan carrot (yang siap diparut)
1 cawan kekacang (boleh guna almond, gajus, walnut atau apa sahaja - di cincang halus)
250g tepung gandum (diayak)
1 1/2 sudu teh baking powder (diayak)
1 sudu teh garam


Cara:

1) Pukul kuning telur sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak, gula, carrot dan kekacang pilihan. Adun/kacau sebati.

2) Setelah semua sebati, masukkan pula tepung.

3) Akhir sekali masukkan putih telur yang telah dipukul kembang tadi. Kaup balik kan agar adunan sebati.

4) Panaskan oven dahulu dan bakar dengan suhu 180c selama lebih kurang 45 minit.


Bahan Ising:

250g cream cheese (philadelphia)
120g butter
120g gula ising

**Pukul kesemua bahan dan sapukan atas kek tadi.