Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Tuesday, March 26, 2013

Kuih gulung atau kuih ketayap...

Assalamualaikum...

Kuih gulung atau kuih ketayap...


Sebenarnya dah banyak kali cuba buat kulit untuk kuih gulung atau kuih ketayap ni.. Namun tak pernah nak menjadi dengan elok.. Ada masanya ia jadi seperti lempeng dan ada ketikanya kulit terlalu tebal.. Bila digulung, ia menjadi seperti bantal peluk yang gemuk.. hehe..


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum yang sudah diayak
Sedikit garam - anggaran secubit
Sedikit pandan paste - saya tak gunakan air daun pandan
2 3/4 cawan air - gunakan cawan yang sama semasa menyukat tepung gandum - tuangkan air sedikit demi sedikit
Inti kelapa secukupnya - rasanya semua dah tau macam mana nak buat inti kelapa ni..
Sedikit minyak masak 




Cara buat kulit:

1) Bancuh tepung gandum bersama dengan air. Kacau sebati jangan sampai bergentel.

2) Masukkan sedikit pandan paste dan sedikit garam halus. Kacau rata..

3) Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di atasnya.. Api jangan terlalu besar..

4) Kemudian, dengan menggunakan senduk, tuangkan satu senduk bancuhan tepung tadi ke atas kuali dan cepat-cepat ratakan bancuhan tadi secara membulat..

5) Biarkan sehingga bancuhan tepung tadi masak dan barulah diangkat perlahan-lahan dengan menggunakan sudip.. Tidak perlu terbalikkan kepingan kulit tadi..

6) Lakukan proses yang sama sehingga bancuhan tepung habis.. Setiap kali hendak menuang bancuhan yang baru ke atas kuali, hendaklah menyapu permukaan kuali itu dengan sedikit minyak masak..

7) Letakkan sedikit inti di atas kulit kuih gulung tadi dan gulung dengan kemas..


Selamat mencuba... Sayapun nak kena cuba buat lagi ni sebab kulit kuih gulung yang ini agak tebal sedikit.. Nak kena lembutkan jari semasa meratakan bancuhan tepung kat atas kuali tu..