Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, September 14, 2015

Ayam goreng kacang buncis..

Assalamu'alaikum...

Ayam goreng kacang buncis..


Ini lauk yang saya masak tengahari tadi iaitu ayam goreng kacang buncis.. Masih lagi berasaskan ayam.. hehe...




Bahan nak masak macam ni mudah je nak cari.. 

1 keping dada ayam - dipotong kecil-kecil
1 cekak kacang buncis - dipotong serong memanjang
3 ulas bawang putih - dititik kasar
1 inci halia - dititik kasar
2 labu bawang besar - dihiris 
1 biji cili merah - dihiris
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam secukup rasa


Cara nak masak...

1- Panaskan minyak dalam kuali.. Minyak jangan banyak..

2- Bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih dan halia.. Kacau-kacau sehingga layu dan naik bau..

3- Kemudian, masukkan ayam. Kacau rata.. Biarkan dalam anggaran masa dalam 5-10 minit sambil sesekali kacau.. Api dapur jangan kuat sangat.. Guna api yang biasa je.. Jika agak kering, boleh masukkan sedikit air untuk melembutkan ayam..

4- Masukkan pula sos tiram dan lada hitam. Kacau rata seminit dua..

5- Lepas tu, masukkan hirisan bawang besar. Kacau seminit dua lagi..

6- Kemudian, masukkan pula kacang buncis..Kacau rata dalam 5- 8 minit.. 

7- Akhir sekali masukkan garam dan rasa.. Jika rasa dah okay dan kacang buncis dah masak, boleh la terus tutup api dapur.. Kacang buncis jangan masak terlalu layu.. 


Berasap lagi masa ambil gambar ni.. Tu yang gambar sedikit 'blur'.. hehh...


p/s: Selamat mencuba... :)