Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, July 18, 2010

MUFFIN PISANG


Assalamualaikum...

Resepi ni saya ambil dari Youtube dan saya terjemahkan sendiri. Kalau ada terjemahan yang salah tu, tolonglah perbetulkan ya..

Bahan-bahannya:

2-3 biji pisang (bergantung pada saiz atau buah apa saja mengikut suka masing-masing)
330 gram tepung gandum
200 gram gula pasir
3 sudu kecil baking powder
115 gram butter
240 ml susu segar/cair
3 biji telur (sebiji daripadanya guna telur kuning sahaja)

Cara-caranya:

1) Cairkan butter.

2) Masukkan tepung gandum, gula, baking powder, butter dan telur ke dalam bekas.

3) Kacau sehingga adunan sebati dan kemudian masukkan susu segar/cair. Kacau lagi.

4) Bila adunan sudah benar-benar sebati, masukkan pisang yang telah dipotong kecil-kecil.

5) Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas. Jangan isi penuh, sekadar 3/4 daripada mangkuk kertas tu sahaja.

6) Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 15 minit. Cucuk muffin dengan lidi untuk memastikan muffin benar-benar masak. Jika lidi tidak meninggalkan kesan, maka muffin tersebut sudah masak.