Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, January 6, 2010

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Assalamualaikum.....

Ada sesiapa yang nak cuba resepi ni tak..?? Nak bagi free of charge je ni ....ekekekeke...

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:

1 kilo ikan kembung yang besar dan segar (5/6 ekor)
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
1 genggam cili kering (digunting2 dan direndam seketika)
1 ikat bendi sederhana besar (anggaran 12 biji)
1 ikat/50 sen daun kesum (jika suka)
1 senduk besar minyak masak
1 sudu makan penuh asam jawa (bancuh dengan 2 mangkuk air)
garam dan serbuk perasa (secukup rasa)

Cara-cara:

1) Bersihkan ikan kembung. Tos dan ketepikan dahulu.

2) Basuh dahulu cili kering yang direndam tadi sambil buang bijinya.

3) Kisar/blender cili kering bersama bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup dengan sedikit air.

4) Panaskan minyak dalam periuk dengan api yang sederhana.

5) Bila minyak sudah panas, masukkan sahaja semua bahan2 yang telah dikisar tadi.

6) Kacau perlahan-lahan sehingga bahan2 tadi mula memercik.

7) Masukkan pula air asam jawa. Kacau lagi. Biar hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan pula daun kesum. Kacau lagi.

8) Masukkan ikan kembung. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.

9) Masukkan pula garam dan serbuk perasa secukupnya dan kacau supaya sebati.

10) Akhir sekali, masukkan bendi satu persatu. (Jangan potong bendi awal2 untuk mengelakkannya dari berlendir).

11) Kacau gulai perlahan-lahan. Biarkan mendidih seketika. Lebih kurang 10 minit lepas tu, barulah tutup api dapur.

p/s: Dah siap... Mudah je kan. Ikan kembung tu boleh juga digantikan dengan ikan pari ataupun ikan cencaru/jeket.