Saturday, April 13, 2013

Kek Pisang Gebu...

Assalamualaikum...

Kek Pisang Gebu...

Saya dah banyak kali cuba buat kek pisang atau apam pisang.. Samada versi kukus ataupun bakar, kedua-dua cara ni dah pernah saya gunakan.. Namun, kek pisang atau apam pisang yang saya buat memang tidak menepati apa yang saya impikan.. Adakalanya ia bantat, tak kurang juga ia terlalu manis.. Sampai ke satu tahap, saya macam dah givap nak mencuba...


Namun, saya kuatkan hati.. Masih lagi cari dan mencari resepi yang sesuai walaupun sebenarnya saya agak malas nak menggugel resepi ni.. Mana boleh berhenti mencari jika inginkan kepuasan, kan..?


Akhirnya, saya terjumpa resepi kek pisang ni kat website Bukan Sekadar Masakan ni.. Terus saya salin resepi tu kat buku.. Dan bila tengok je ada pisang emas kat dapur, terus je saya buat.. Tambahan bahan-bahan yang diperlukan memang dah sedia ada..




Bahan-bahan: 
(Panaskan dulu oven pada darjah 180C dan griskan loyang pembakar dengan marjerin)

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder - guna sudu kfc tu..
1 sudu kecil soda bikarbonate - sudu kfc
1 cawan gula
3 biji pisang - lenyek - (anggaran 1/2 cawan selepas dilenyek) - (Saya gunakan pisang emas.. Nak guna pisang beranganpun boleh..)
1/2 cawan minyak masak - (nak guna butter pun boleh tapi kena cairkan dulu butter tu, pastu sukat jadikan 1/2 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla - sudu kfc
2 biji telur




Cara:

1) Ayak tepung gandum bersama dengan soda bikarbonate dan baking powder. Ketepikan.

2) Sementara tu, dalam bekas lain, putar telur dan gula hingga kembang dan likat. Masukkan esen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi dan masukkan campuran tepung gandum tadi.

3) Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati dengan spatula/senduk kayu.

4) Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan tadi dan bakar selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak. (Bergantung pada jenis oven yang digunakan.. Saya guna oven biasa dan guna api bawah sahaja).

5) Setelah siap dimasak, tutup api oven dan biarkan lebih kurang 5 minit dalam oven.. Lepas tu terus keluarkan dari oven dan letak di atas rak/ sejukkan atas redai...


Nota 1: Adunan ni nanti akan likat atau pekat sedikit.. Dia tak sama macam adunan kek biasa.. Ini dari pengalaman saya masa membuatnya.. 

Nota 2: Sukatan dua cawan tepung yang saya gunakan bersamaan dengan 250 gram.. Jika 1 cawan gula, kena la bahagikan 250 tu dengan dua..  


p/s: Terima kasih atas perkongsian resepi ini.. Kek pisang ni memang betul-betul gebu.. Saya suka.. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga resepi yang memuaskan hati.. :-)


Wednesday, April 10, 2013

Roti Manis..

Assalamualaikum...

Roti Manis..

Bahan A:
500 gram tepung gandum/tepung roti - (Sediakan extra tepung jika adunan melekat) 
3/4 cawan gula

Bahan B:
1 cawan air suam 
2 sudu besar susu pekat manis - (Saya gunakan susu brand tea pot)
1 biji telur 
1 paket yis kering (11g)

Bahan C:
1 sudu besar shortening - (Saya gunakan dough softener brand Nur)
2 sudu besar planta/butter

Hiasan:
Sebiji telur untuk disapukan atas doh - pukul sedikit telur tu...( telur + madu + susu segar/cair/pekat)





Cara:

1) Panaskan oven dulu..

2) Masukkan Bahan A ke dalam bekas besar.. Gaul sebati dan buatkan lubang kat tengah-tengah.. Ketepikan..

3) Dalam bekas lain, campurkan semua Bahan B KECUALI YIS. Kacau rata bahan tadi. Lepas tu barulah masukkan yis. Tunggu hingga yis berbuih/bertindak balas.. (Jika yis tak berbuih, bermakna yis tu tak aktif atau dah rosak)

4) Bila yis dah berbuih, curahkan Bahan B tadi kat lubang tepung yang telah dibuat pada bekas yang berisi Bahan A..

5) Gaul dan uli rata adunan..

6) Kemudian, campurkan dengan Bahan C iaitu shortening dan planta. Uli sebati hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan dan elastik.. Jika masih melekat, boleh la ditambahkan dengan sedikit demi sedikit tepung extra tadi dalam anggaran 4-5 sudu makan.. (Jangan banyak sangat takut nanti doh keras)

7) Selepas diadun, tutup bekas doh dengan kain lembab atau wrap dengan plastik. Biarkan doh naik sekali ganda (Biarkan anggaran sejam)

8) Selepas itu, buka penutup doh tadi dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin..

9) Sapukan keliling loyang dengan planta. Kemudian bulat-bulatkan doh tadi kepada saiz yang dikehendaki. Susun doh tadi dalam loyang.. Biarkan lagi doh itu naik dalam sekali ganda iaitu lebih kurang 40 minit hingga sejam.. (Jangan lebih daripada satu jam sebab nanti doh tu rasa lain macam..)

10) Sebelum dibakar, sapukan atas doh dengan bancuhan telur.. (Jangan sapu awal sebab takut nanti permukaan roti tu rosak. Nak masuk dalam oven baru sapu)

11) Bakar doh hingga masak atau hingga bahagian atas doh itu keperangan.. Anggaran dalam 25-30 minit bergantung pada api dan jenis oven yang digunakan.. (Saya guna oven yang ada api bawah sahaja dan saya bakar selama lebih kurang 30-40 minit...)








Nota: Saya ni baru belajar meroti.. Terima kasih pada mereka yang tidak kedekut serta sudi berkongsi resepi kat grup masakan di fb.. Jasa kalian akan tetap dikenang.. Murah rezeki anda.. :-)

Tuesday, March 26, 2013

Kuih gulung atau kuih ketayap...

Assalamualaikum...

Kuih gulung atau kuih ketayap...


Sebenarnya dah banyak kali cuba buat kulit untuk kuih gulung atau kuih ketayap ni.. Namun tak pernah nak menjadi dengan elok.. Ada masanya ia jadi seperti lempeng dan ada ketikanya kulit terlalu tebal.. Bila digulung, ia menjadi seperti bantal peluk yang gemuk.. hehe..


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum yang sudah diayak
Sedikit garam - anggaran secubit
Sedikit pandan paste - saya tak gunakan air daun pandan
2 3/4 cawan air - gunakan cawan yang sama semasa menyukat tepung gandum - tuangkan air sedikit demi sedikit
Inti kelapa secukupnya - rasanya semua dah tau macam mana nak buat inti kelapa ni..
Sedikit minyak masak 




Cara buat kulit:

1) Bancuh tepung gandum bersama dengan air. Kacau sebati jangan sampai bergentel.

2) Masukkan sedikit pandan paste dan sedikit garam halus. Kacau rata..

3) Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di atasnya.. Api jangan terlalu besar..

4) Kemudian, dengan menggunakan senduk, tuangkan satu senduk bancuhan tepung tadi ke atas kuali dan cepat-cepat ratakan bancuhan tadi secara membulat..

5) Biarkan sehingga bancuhan tepung tadi masak dan barulah diangkat perlahan-lahan dengan menggunakan sudip.. Tidak perlu terbalikkan kepingan kulit tadi..

6) Lakukan proses yang sama sehingga bancuhan tepung habis.. Setiap kali hendak menuang bancuhan yang baru ke atas kuali, hendaklah menyapu permukaan kuali itu dengan sedikit minyak masak..

7) Letakkan sedikit inti di atas kulit kuih gulung tadi dan gulung dengan kemas..


Selamat mencuba... Sayapun nak kena cuba buat lagi ni sebab kulit kuih gulung yang ini agak tebal sedikit.. Nak kena lembutkan jari semasa meratakan bancuhan tepung kat atas kuali tu..