Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Friday, July 1, 2011

Kek Coklat

Assalamualaikum..
Ni adalah resepi dari kakak ipar saya.. :P


Bahan-bahannya:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A:
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar perasa coklat
1/2 cawan air campur dengan 2 sudu makan nescafe

Bahan B:
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Topping:
1/2 cawan serbuk koko van houten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:

1) Pukul telur hingga kembang.

2) Masukkan gula dan pukul lagi.

3) Masukkan minyak masak. 

4) Ayak kesemua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi secara berselang-seli dengan bahan A. Gaul sebati.

5) Bakar hingga masak. 

Cheese Cake Nurul..

Assalamualaikum..

Resepi dari anak buah saya.. :)

Bahan-bahannya:

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gm butter
70 gm gula pasir
70 gm tepung gandum
4 biji telur saiz M
Beberapa titik esen vanilla

Cara-caranya:

1) Potong atau siat-siat cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2) Kemudian masukkan keduanya tadi ke dalam periuk. Masak atas api yang kecil sehingga cheese tadi mencair. Kacau tanpa henti.

3) Masukkan butter dan kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan sebentar.

4) Asingkan telur putih dan kuning telur. Pukul putih telur bersama gula sampai menjadi kembang (tak jatuh kalau terbalikkan mangkuk).

5) Masukkan kuning telur dan tepung gandum ke dalam adunan cheese yang dimasak dan disejukkan tadi. Kacau rata.

6) Masukkan pula adunan putih telur. Kacau sebati.

7) Masukkan adunan ke dalam acuan dan bungkuskan keliling acuan tersebut dengan kertas timah.

8) Bakar dengan cara seperti mengukus iaitu didihkan air dahulu dan kemudian barulah dimasukkan acuan yang berisi adunan tadi (seperti sistem boiling untuk mengelakkan kek menjadi hangus)

9) Bakar dengan api yang sederhana selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. (Bakar atas dapur gas pun takpe janji bertutup).