Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, March 11, 2013

Pavlova lova lova..

Assalamualaikum...

Pavlova lova lova..


Pavlova ni sebenarnya dibuat oleh anak buah saya. Saya cuma bantu sikit-sikit je... Saja nak mencuba resepi ni... Resepi dari mana tu biarlah rahsia.. Yang penting bukan resepi dari blog siapa-siapa... hehh...




Bahan-bahan A:

4 biji putih telur
225 gram gula kastor (resepi asal 250 gram)
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu makan tepung jagung

Cara:

1) Panaskan ketuhar pada 175 C selama 10 minit.

2) Sementara itu, pukul putih telur hingga menjadi meringue (kembang/putih).

3) Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar sebati hingga adunan kelihatan berkilat.

4) Masukkan tepung jagung, diikuti dengan esen vanilla dan kaup balikkan adunan hingga sebati.

5) Lapiskan dulang pembakar dengan kertas minyak.

6) Letakkan adunan ke atas dulang pembakar tadi dan bakar selama lebih kurang sejam.

7) Bila pavlova dah masak, biarkan ia sejuk dahulu.


Boleh buat kecil-kecil..


Bahan-bahan B: Topping:

400 ml krim putar 
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji buah kiwi (anggaran)
10 biji buah strawberry (anggaran)


Cara:

1) Putar krim sehingga kembang bersama esen vanilla.

2) Sapukan krim putar di atas pavlova yang telah sejuk tadi. 

3) Hiaskan dengan hirisan buah kiwi dan buah strawberry.

4) Masukkan pavlova yang sudah siap dihias ke dalam peti sejuk. (pavlova tidak sesuai dibiarkan di luar kerana topping/krim putar akan mencair).


Nota: PASTIKAN PUTIH TELUR TIDAK BERCAMPUR DENGAN KUNING TELUR WALAUPUN SEDIKIT KERANA MERINGUE TIDAK AKAN JADI JIKA ADA CAMPURAN BENDASING. (KENA LAP SEMUA PERKAKAS HINGGA BETUL-BETUL KERING... SETITIK AIRPUN TIDAK BOLEH ADA DALAM PUTIH TELUR)


p/s: Selamat mencuba.. :)

Tauhu kering berinti

Assalamualaikum...

Tauhu kering berinti...


Bahan-bahannya:

10 biji tauhu kering (yang selalu dimasukkan dalam kuah mee kari tu)
1 tangkai daun sup - dihiris halus
3 batang sosej - dicincang halus (boleh gantikan dengan ayam atau daging atau kesukaan masing-masing)
Garam secukup rasa


Caranya:

1) Gunting permukaan tauhu bentuk silang. Potong dengan cermat dan terbalikkan tauhu tadi perlahan-lahan (bahagian isi tauhu berada di luar)

2) Trim/kikis isi tauhu tadi perlahan-lahan (jangan sampai terkoyak kulit tauhu tu) dan masukkan isi tauhu tadi ke dalam mangkuk.

3) Kemudian, gaul sebati isi tauhu tadi dengan hirisan daun sup. Masukkan garam dan rasa.

4) Masukkan isi tauhu tadi ke dalam bekas tauhu dan padatkan inti agar tidak terkeluar semasa proses menggoreng.

5) Goreng tauhu yang sudah disumbat tadi hingga masak. Angkat dan toskan. Boleh la dihidangkan dengan sos cili.


p/s: Macam sedap je, kan.. hehh..