Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, January 22, 2014

Kuih bom bijan..

Assalamualaikum...

Kuih bom bijan..


Dulu masa zaman lepas sekolah pernah la sekali buat kuih bom bijan ni.. Masa tu kuih bom ni meletup-letup dalam kuali dan bijan dia habis gugur dan kulit dia punya la liat.. Lepas tu tak buat-buat dah kuih bom ni.. huhuhu..


Hari ni saya buat lagi kuih bom ni.. Punya la lama jangka masa yang diambil untuk mencuba kali yang kedua dan hasilnya alhamdulillah.. Mak sayapun suka makan sebab kulitnya yang lembut dan bijannya melekat dan kuih bom ni tidak lagi togel macam dahulu.. ahaha..


Resepi kuih bom bijan ni saya tengok dari beberapa website tapi sukatan untuk tepung pulut dan air tu saya ikut sukatan sendiri.. 




Bahan-bahan: (Inti kelapa secukupnya - Resepi inti kelapa tidak disertakan ya..)

250 gram tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu teh garam - anggaran secubit
235 ml air
1 sudu teh kapur makan - ambil kapur sahaja, jangan ambil dengan air yang ada di dalam bekas kapur tu
1 cawan bijan kering - sukatan sekadar anggaran sahaja.. 




Cara:

1) Campurkan kapur makan dengan air dan kacau sebati.. Ketepikan sekejap.

2) Satukan semua bahan kering dan gaul rata. Kemudian masukkan air kapur tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga lembut dan tidak melekat di jari..

3) Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa biji. Bulatkan adunan lebih kurang sebesar bola golf.

4) Lepas tu, masukkan inti kelapa di dalam bola adunan tadi dan kemudian tutup rapat dan golek-golekkan di tapak tangan untuk membulatkannya.. Hati-hati masa masukkan inti sebab adunan ni lembut sangat dan mudah peroi/pecah..

5) Kemudian golekkan pula bola kuih bom tadi ke dalam bijan.. Golek biar rata. Kemudian kepal dengan lembut supaya bijan betul-betul melekat pada kulit doh.

6) Lakukan proses yang sama sehingga adunan doh tu habis.. Siapkan sebiji demi sebiji.. Jangan isi inti semua biji doh dan lepas tu baru golek bijan... Takut nanti adunan doh tu melekat kat pinggan/dulang..

7) Goreng di dalam minyak yang penuh dan panas tapi dengan api yang perlahan..




p/s: Kuih bom ni akan meletop walaupun kita gunakan api yang kecil.. Jadi, berhati-hati jangan sampai terperanjat.. hehehe.. Selamat mencuba..