Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, September 13, 2015

Ayam goreng serai...

Assalamu'alaikum...

Ayam goreng serai...


Lama sungguh blog dapo ni bersawang..! Dah hampir setahun dah.. huhuhu... Bukannya tak memasak.. Ada je main masak-masak tapi malas nak letak kat blog dapo ni.. Lebih banyak letak kat blog lagi satu tu.. Tak adil sungguh..! Ni namanya pilih kasih dah ni.. hehh..


Kali ni saja la letak gambar ayam goreng serai ni.. Buat pembuka entri untuk tahun 2015 ni.. ahahh...




Resepinya mudah je.. Macam biasa jika nak masak ayam, kita perlukan bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar, cili merah, sos tiram, kicap manis, garam dan watak utama sudah semestinya ayam dan serai.. Bahan lain, saya letak tomato.. Nak gantikan tomato tu dengan sayur lainpun tidak mengapa.. No hal lah..!


Ayam yang saya pilih adalah bahagian dada sahaja.. Sekarang ni kalau beli ayam, saya memang beli tang dada je.. Takde dah nak beli seekor macam tu.. Beli seekor buat berat penimbang je sebab berat tulang.. Zaman sekarang ni kena ekonomi sikit dalam berbelanja.. 


p/s: Mudah dan ringkas je lauk ni.. Yang penting ianya sedap hingga menjilat jari.. hehh..