Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, June 1, 2011

Muffin Pisang Bercoklat

Assalamualaikum...

Saya baru je selesai buat muffin pisang ni. Dari tahun lepas lagi nak cuba buat, tapi baru hari ni berkesempatan mencubanya... Punya la lama masa yang diambil untuk mencuba. Kalau tak menjadi, memang tak berbaloi la gamaknya... hehe.. Mujur jugak menjadi, walaupun tak sehebat buatan chef terkemuka... Setakat nak makan tu, boleh la... :-)

Pisang emas yang saya gunakan. Pisang ni saiz kecik je, kurang panjang dari jari telunjuk saya... haha..

Bahan-bahannya:

330 gram tepung gandum - ayak bersama dengan baking powder
200 gram gula
240 ml susu segar/cair - saya gunakan susu segar
115 gram butter
6 biji pisang emas - seperti dalam gambar (kalau pisang saiz besar, gunakan 3 biji sahaja)
3 biji telur
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen perasa pisang
sedikit coklat rice 
paper cup secukupnya


Cara-caranya: (Panaskan oven dahulu sebelum mula mengadun...)

1- Cairkan butter.

2- Masukkan gula ke dalam butter dan pukul hingga rata.

3- Masukkan telur, esen, susu segar dan ovalette. Pukul sedikit..

4- Masukkan pisang emas yang terlebih dahulu telah dipotong kecil atau dilenyek. Kaup balik agar rata..

5- Masukkan campuran tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit sambil. Kaup balik lagi hingga sebati.

6- Masukkan sedikit coklat rice ke dalam adunan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam paper cup yang telah diletakkan ke dalam acuan. Boleh juga taburkan lebihan coklat rice ke atasnya.

7- Bakar sehingga masak - oven saya menggunakan api bawah sahaja. Jadi, pembakaran mengambil masa lebih kurang 30-40 minit dengan suhu 180 C.


Nota: Resepi asal kat sini, tapi saya ubah sedikit mengikut kesesuaian... Adunan ni dapat 24 biji saiz besar dan 23 biji saiz kecil..

** Saya tersilap sikit.. Sepatutnya masa buat muffin ni, tak boleh pukul beria.. Hanya gunakan teknik kaup-balik je... Next time jangan gunakan mixer...